Saturday, July 9, 2011

Nasi Ayam Tersenang Abad Ini

Assalamualaikum

Haritu kan saya ada buat entry PERASAN yang saya masak nasi ayam. So harini saya nak share resepi la ye. Sesuai untuk yang kurang berbakat macam saya ataupun punyai kekangan masa untuk ke dapur. Diibaratkan zup zap zup zap boleh siap masak=). Yang penting nasi tu ada la rasa nasi ayam, kalau rasa cam nasi putih tu memang salah la kan. kikiki

Bahan-bahan Sup
  • Ayam
  • Sup bunjut
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Rempah sup
Bahan-bahan nasi
  • Beras yang siap dibasuh
  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Majerin
  • Sedikit garam
Bahan-bahan perap
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos tiram
  • Serbuk lada putih
  • Sedikit garam
Bahan-bahan sambal
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Sup yang dah siap dimasak
  • Gula
  • Garam
*sukatan sesedap rasa ye
    Penyediaan:
    1. panaskan air ( lebihkan tuk masak nasi) dengan sup bunjut sampai mendidih.Pastu masukkan ayam, tunggu hingga separuh masak kemudian toskan
    2. masukkan air rebusan ayam dalam bahan2 tuk masak nasi. Sukatan macam masak nasi biasa.(DONE)
    3. Selesaikan masak sup dengan masukkan semua bahan2 sup dalam air rebusan ayam. (DONE)
    4. Perap ayam dengan bahan2 perap selama 1/2- 1 jam. Kemudian goreng. (DONE)
    5. Kisarkan semua bahan2 sambal. (DONE)
    Senang kan. zup zap zup zap je. Selamat mencuba

    2 comments:

    aThidEaN said...

    nyum2...i pun suke buat ns ayam..dulu ingt susah rupanya simple je kan:) Anah asal tganu eh? husband Anah org bm ke? sy org bm husband org KT

    Anah said...

    hahaha..terbalik plak kita ye..tu la dulu nak masak apa pun xreti,skrg ok la=)