Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Friday, September 9, 2011

Cerita raya secara pukal

Assalamualaikum

Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi, menyepi sebab modem rosak dan busy nak pindah. Esok nak pindah, makin teruja nak duduk rumah baru dan makin sedih nak tinggalkan rumah sekarang. Banyak sangat kenangan dan rumah ni jugak la tempat saya membesarkan Adam selama hampir 8 bulan ni.

Perjalanan balik raya
Kami balik Kuala Terengganu sehari sebelum raya bukannya tengah malam 2 hari sebelum raya yang dicanang2 sebelum ni. Memang air mata saya tumpah dengan sangat laju kot masa mak mertua tak bagi balik malam tu sebabnya semua barang dah siap sedia dalam kereta, tunggu nak gerak je. Tapi kalau fikirkan dari segi keselamatan memang bahaya gak la balik tengah2 malam buta tu dengan hujan sepanjang hari. So malam tu balik awal sikit dr Perda, tak de la awal sangat, kol 1 lebih gak baru balik.

Esoknya jam 8 dah gerak, jalan raya sunyi je sepanjang perjalanan diibaratkan macam kami je duk atas jalan tu, orang lain awal2 lagi dah balik kot. Adam sangat baik, tido sepanjang jalan. Terjaga untuk main2 sambil sengih2, masa tu la perasan gigi dia dah ada 4 batang. Sangat comel. Saya pun sekali sekala tertido gak, memang ngantuk tahap tak leh dibendung. Berhenti rehat jap dekat hentian Titiwangsa, Adam memang gembira tahap maksimum, gelak, sengih dan semua yang best je la kat Adam,seronok sangat kot nak balik negeri tumpah darah.heheheh

Budak yang sangat jakun tengok orang kat tengah2 tu=)

Lepas Jeli cik pad dah tak tahan ngantuk, maka cik pad pun keluarkan kata2 azimat," apa guna renew lesen tapi tak nak drive", saya pun take over la tugas cik pad, sebelum tu gunakan peluang kehadiran bendera jepun dengan minum air sepuas2nya, maka memandu la saya sorang2 dengan Adam dan cik pad terbongkang tido, saya punya ngantuk tahap tahan mata guna jari tapi malas nak singgah mana2 dah sebab tak sabar nak sampai rumah. Alhamdulillah Kol 3 kami sampai KT.

Perjalanan balik pulak sebaliknya,raya ke-4 kereta bersusun atas jalan raya. Sampai Machang jalan mula jam, masa tu la Adam berak, kiri kanan jalan tak de tempat yang sesuai nak singgah.Last2 berhenti tepi jalan, basuh yak adam guna air masak. Sampai licin air, moralnya lain kali kena sedia air mentah tuk kecemasan=)

Raya Pertama sebagai mama
Bangun pagi mandi2, tengok orang pergi sembahyang raya, saya mandikan Adam, belum siap pakai baju Adam dah tertidur balik, saya pun siap2 pakai baju, Adam terjaga. Terus siapkan dia pakaikan baju melayu dengan songkok. Lepas dah balik sembahyang raya, terus siap2 nak pergi rumah mak, saya duk ngan mak sedara so rumah pertama pergi rumah mak. Kalau lambat keluar nanti orang datang lambat pulak boleh keluar. Pastu keluar beraya makan la macam2. Adam pulak sangat la pandai buat muka comel, dengan semua orang dia nak. Pandai ye nak bodek duit raya lebih. hehehehe

Pergi jalan mana2 pun Adam sangat la ramah, kadang2 tak tau dia tengah buat apa, lip lap liplap duk bergambar ngan siapa2 je. Dengan semua orang pun dia boleh main. Tersengih2, ajuk cara orang batuk, gurau2. Tapi rasa kejap je, tak puas duk kat Terengganu dah kena balik. 

Duit raya
Alhamdulillah duit raya Adam boleh tahan jugak banyaknya. Raya pertama la katakan, tambah2 jadi anak sulung. Nanti kalau dah ada 3-4 orang adik jumlah duit pun mesti kena bahagi2. Pengsan la orang nak bagi banyak2. Hehehehe. Dapat la menabung tuk masa depan. 

Part mengira duit raya memang seronok. Tiap2 malam sebelum tidur kami suami isteri duk mengira pendapatan anak. Terujaa kot sebab sendiri tak dapat duit raya, kira duit raya anak feeling cam masa kecik2 je. Saya last year je tak dapat duit raya, tahun sebelum2 tu masyuk gak. Last year suami je bagi, tu pun saya habiskan beli hadiah handpnone E72 kat suami, baik punya isteri kan, suami bagi duit saya belikan hadiah kat suami. This year, cik pad bagi sikit je sebab tak brniaga then nak guna duit tuk pindah. Duit raya tu saya guna beli barang Adam. Baik kan saya.hehehe

Tu je la cerita raya saya, tengah2 raya tu sempat gak pening2 duk fikir pasal rumah. Isnin haritu baru dapat rumah. Dengan keadaan yang tunggang langgang dalam rumah buat saya sangat tak sabar nak pinddah. nak susun barang2 macam sedia kala. Kesian kat Adam nak bergerak pun payah, sana sini ada barang.


Saturday, September 3, 2011

Fast update: Raya 2011

Assalamualaikum

Bersiaran dari pusat servis Tan Chong, servis mak cik S, orang lain servis sebelum berjalan jauh, kami pulak servis lepas balik jalan, Alhamdulillah semuanya selamat. Tak puas rasanya raya kat Terengganu, rasa kejap sangat. Harap2 next month boleh balik lagi.

Tak leh lama2 kereta dah nak siap servis, saksikan gambar raya kami dengan saya yang kegemukan melampau dan tak dapat tudung raya.

Alahai terbeliaknya mata Adam=)