Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Sunday, August 26, 2012

Sejak sekian lama.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan tuk jengah dan coretkan perkembangan terkini kat blog picisan ni. Dah lama tak menulis, terasa kekok sangat, dah tak reti nak menyusun ayat.. Kalau jengah blog kawan2 yang lain pun nampak macam dah makin kurang update, adakah semua orang dilanda syndrome 'ke laut'??(Apahal rasa ayat macam xbest sgt ni???). 

Banyak benda nak cerita, tapi masa sangat la terhad. Cerita ringkas2 je la, tu pun tak tau la ada yang baca ke x? huuhuu..Yang pertama, saya dah kerja..Alhamdulillah, akhirnya diberikan peluang dan rezeki untuk rasa pengalaman berkerja. Kerjaya pertama dalam hidup adalah sebagai Production Executive. Memang banyak benda nak kena belajar, 1st time kerja la katakan. Sebulan pertama kerja memang mencabar siap demam memanjang. Adam pulak terpaksa la hantar taska, sebulan pertama kat taska memang mencabar, hari2 Adam moody, kecik hati kot mama hantar dia kat org lain..tapi mama terpaksa sayang. tak ada pilihan. Hari2 pun kami sama2 nangis setiap kali hantar ngan ambik Adam kat taska, dah masuk bulan ke-3 baru la Adam nampak seronok. Alhamdulillah. Nak pergi kerja pun senang hati.

Yang ke-2, Adam bakal jadi Abg Long. Double celebration tuk kami, Alhamdulillah memang rezeki anak. Sekarang kandungan dah masuk 23 weeks dan mengandung kali ni memang sangat2 dipermudahkan. Langsung tak ada alah, pening2 dan sakit2 belakang langsung. Baby adik faham yang mamanya baru nak start kerja, tak leh nak manja2 sangat. Puasa pun tak meragam, sempat merasa puasa penuh kali ni =). Sekarang tak sabar nak tau gender baby plak, memang la kami terima dengan seadanya tak kira boboy or gegirl, tapi bila dah ada hero teringin la plak nak heroin kan?? Sekarang dah start survey barang baby. Tak ada banyak benda pun nak beli, banyak yang boleh recycle barang Adam je, tapi kalau baju tu nak kena beli baru la sebab Adam punya baju kebanyakkannya pakai sampai sendat dan lusuh..Kesian la pulak nak bagi baby adik pakai baju lusuh abang..sekarang pun ada lagi baju2 yang Adam pakai since dia dalam pantang. Cuma nampak kelakar la sebab singkat dan sendat. Pakai la selagi mampu..hehehehe

Akhir kata, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin andai  kata terkasar bahasa sepanjang menulis kat blog segan2 silu ni..hehehe..Terimala gambar raya tahun ni..Entry raya kalau terajin bakal menyusul lepas ni. Tu pun tak tahu bila tahgun nak ada =) Tahun ni raya kat BM dulu, then balik Tereangganu 2 hari, raya ke -5 dah kerja..sob sob..

Raya 2012, next year InsyaAllah berempat plak

Dengan moyang Adam

Melasak di petang raya


Dengan mak su dan cik bella

Sekian, Wassalam

Wednesday, May 2, 2012

WW: Jalan2 jenguk akuarium & Penang

Assalamualaikum






Friday, April 13, 2012

Tak reti nak letak tajuk..

Assalamualaikum..

Lama sungguh tinggalkan blog ni, sampaikan rasa xreti nak buat ayat..nak fikir tajuk pun siap sempat makan nasi goreng sepinggan, tu pun dapat la tajuk yang tak menarik cam kat atas tu. huhuhu.Sejak dua menjak ni memang mood nak berblog langsung tak ada, ikutkan hati macam nak tutup je blog ni, tapi cam sayang la pulak. 

Ni pun cam terpaksa je  sebab dah bosan sangat tak ada apa kerja dah nak buat, tambah2 cik pad gi outstation lagi. Punya la berlagak tak nak ikut, takut bosan tersadai kat hotel, tapi duduk rumah lagi bosan kot. Adam pun tahu bosan, asyik tido je kerjanya. Kalau tak tidur mesti ada je benda yang dia buat sampai mama dia menjerit, tak pun sampaikan mama dia hilang kata2. 

Adam sekarang dah 15 bulan, haritu pergi check up ngan mummy Yun. Punya la lasak budak Adam ni kat klinik, penat tau nak mengejar dia. Segala benda pun nak main. Tak tahan siap kena marah ngan nurse sebab berebut pen. Baru terkedu. Bila nurse pujuk balik, boleh pulak dia jeling buat muka garang. sabar je la. Dah ada perasaan anak bujang saya ni. hahahaha. Berat Adam dah 11 kg, tinggi 83 cm. Tapi sehari dua ni nampak kurus je sebab demam. Dah la Adam ni memang jenis kurang makan, pastu susu pun tak lalu, tu yang nmpak susut skit. Susu dia bnyak sedekah kat lantai je, geram sebab nanti bersemut pastu nak kena mop berkali2 (dah la mama dia malas!!!!). Semut tu pulak berkenan sangat kat Adam, kalau kena gigit dia gak yang melalak. Sementara nak besar ni layan kan saja la macam2 kerenah dia. 

Disebabkan Adam tiap2 bulan mesti demam untuk sehari dua, kami pun beli la scott emulsion, tp memang wekkk la Adam tu, kami yang besar ni pun tak lalu nak telan, tak sampai hati kot nak paksa Adam. Ada siapa2 tahu tak apa lagi suppliment yang sesuai untuk umur Adam. Yang pasti kena sedap tak nak yang hanyir cam scott tu.

Tengah2 tak ada mood nak menulis pun leh terpanjang macam ni duk menaip. hahaha. Sebagai penutup terima la gambar budak yang nak seksi je memanjang.

Hensem tak saya??? =)
 

Tuesday, February 28, 2012

Ke Selatan

Assalamualaikum..

Ni entry basi, sila tutup hidung sebab mungkin berbau masam sebab asyik2 update cerita basi..hehehe..

2 minggu lepas kiorang satu keluarga kecik + sorang technician gi Johor, Muar je pun. 5 jam dah sampai. Cik pad kena gi kerja kat sana, maka masa ni la nak ambik peluang nak jalan2 kat highway.Kebetulan masa tu Adam baru baik demam ngan cirit birit,punya la risau takut kena wabak rotavirus tu. Alhamdulillah tak de pape. Sebab tu cik pad tak sampai hati nak tinggalkan tkut jadi apa2 masa dia tak ada kat rumah.

Kitorang gerak hari Rabu pagi. Sepanjang perjalanan Adam sangat sopan santun, malu kot sebab ada orang lain dlam kereta, main ngan tido je la kerja dia sepanjang perjalanan. Sampai sana terus cik pad gi kerja, tinggal la kami menunggu dalam kerata, masa tu kagum ngan Adam, tak de pun dia nak merengek kebosanan, faham kot baba dia ada kerja. Cium dia sejuta kali. Pastu baru check in hotel. Malam tu skali lagi kena tinggal, Adam ni memang tabiat senang tidur dalam aircond awal2 dah tidur, mama dia pun tumpang sekaki.

Esoknya tu pagi2 lpas breakfast cik pad dah gi kerja, tinggal kami 2 beranak. Tengah hari tu kerja dah settle, then cik pad ajak gi Melaka, motif utama nak ziarah nenek sedara cik pad kat Mahkota Medical Cente, pastu nak cari coconut shake Klebang yg femes sangat tuh. Coconut shake sangat sedap, sebab cukup rasa kot tu yang sedap. Tempat lain simpan untuk holiday akan datang. pastu balik Muar gi cari asam pedas kat Parit Jawa. Kebetulan memang lapar, makanpun dah gaya rasaksa.Malam tu tu plak makan Mee bandung Muar, yang tak tahan makan dalam plastik sebab tak ada bekas ngan sudu pun nak makan. Memang tak nikmat pun makan macam tu, tapi Adam tidur awal, memang malam2 xleh keluar la. 

coconut shake Klebang..Nyummy!!!


ihsan gugel
Esoknya lepas breakfast terus check out, pastu sebelum balik singgah kat tempat keje kejap, kilang yang cik pad pergi tu menufacturer tuk brand juplo, so banyak la souvenir yang Adam dapat. Dah lama tak dengar brand Juplo, sekarang je baru ingat balik kewujudan brand tu..hehehe

barang2 Juplo, yang 2 biji botol panjang tu brand Pigeon
Tu je la percutian sambil menyelam minum air, takkisah la janji pergi jalan. hehehe

Wednesday, February 22, 2012

wordless wednesday- pantang nampak

Assalamualaikum

dah pandai nak mintak main
berlari kalau nampak benda alah ni, mujur tak mintak bawak balik =)

Monday, February 20, 2012

Kembali bersiaran- Edisi Adam dah besar

Assalamualaikum

Apa kabar semua?? Nak tulis apa ye? Terkaku terkedu tak tahu nak tulis apa. Tajuk pun susah nak letak tajuk apa. Memang kronik la tahap lemau nak berblog ni. dua tiga menjak ni mood berblog memang tak de langsung, kadang2 ada la yang nak dicerita tapi ada halangan. Halangan yang pertama sebab budak kecik ni =). Alasan je kan, tapi masa memang kena banyak tumpu kat budak yang makin lasak ni

mama mampu tengok je
Sekarang memang tak ada masa nak santai layan baca blog lama2,siang Adam tidur sekali je sehari, 9-11 pagi, bila tidur je memang saya akan capai penyapu, then mop lantai kalau perlu pastu masak tuk dinner (bukan lunch tau). Kadang2 sempat la bukak FB usha2 tudung ngan tupperware, kadang2 blogwalking baca mana yg sempat. Kalau Adam dah bangun simpan je la, nanti jadi drama air mata kes berebut ngan mama dia.

Cabaran yang ke-dua sebab keselamatan la kot, rasa bersalah kalau Adam jatuh basikal sebab mama dia duk ralit baca blog. Lumrah la kot budak2 suka mencuba, Adam kalau basikal tu tak boleh nak tunggang elok2, nanti dah bosan mula la nak panjat la, terlingkupkan basikal la. Kiranya macam2 adegan la boleh tengok. Sekarang dah la suka tutup semua suis yang dia jumpa, plg faveret suis tv+astro ngan steamyx. Sakit jantung dibuatnya. Kalau kena marah, dah pandai nak memberontak, lagi dibuatnya benda yang kita larang. Sabar je la

Suka main ngan besen, loyang siap dah kemek kena ketuk ngan Adam
Tempat paling faveret dapur, dulu rasa dah lega sebab duk rumah yang tak ada tangga, ingat selamat la dari beli safety gate, tp nak kena beli jugak nak halang Adam dari pergi dapur cuma setakat ni tak jumpa lagi yang berkenan dan sesuai ngan kelebaran. Setakat Adam main besen ngan bekas2 tu tak pe la, bukak tutup kabinet pun tak apa, yang tak menahan dah sampai nak main dapur gas, paling rimas kalau tengah masak dia duk buat sibuk kat dapur, nak pegang periuk, mesti suara mama Adam bertukar jadi high pitch, nyaring semacam je. senang cerita time dia celik mata layan je dia main. Seronok main ngan Adam yang dah makin cerdik, pandai main.Syukur sangat ada penghibur hati walaupun kadang2 sakit jantung dibuatnya =)

budak yang selalu usik mama =)



Wednesday, February 1, 2012

wordless wednesday- cuti2 CNY

Assalamualaikum

sedih tak jadi jalan2 KL, jalan2 Tesco je

tenangkan perasaan dengan berurut

Wednesday, January 18, 2012

Cekam/ Cagu!!! Nyah kau!!

Assalamualaikum

Tajuk macam apa je kan. Tadi baca blog mummy Yun pasal perubahan lepas bersalin. Yang terjadi kat mummy Yun tu memang semua ada kat diri ni. Yang pasti mummy Yun tetap kecik dan comel kalau nak dibandingkan ngan Anah ni. hehehe. Tapi saya ada tambahan lagi tau, lepas bersalin, tak tahu la kenapa penyakit cekam/cagu ni suka sangat nak menempek kat jari ni.Pernah cerita kat entry ni. Masa dalam pantang dulu lagi teruk sampaikan 10 jari tangan ngan 2 ibu jari kaki kena cekam tau. Kronik yang amat masa tu.Lepas tu beransur2 hilang kecuali kat kaki yang membawa kepada tragedi cabut kuku..huhu

Ingat ke lepas kena cabut kuku, then kuku dah tumbuh balik maka tak ada la masalah ni. Rupanya tak jugak, kali ni makin teruk. Tambah2 dengan anak yang makin melasak yang tanpa sengaja duk pijak kaki mak dia yang bengkak. Sakit tahap macam nak pengsan kot!!! Sebab tak tahan, Jumaat haritu, lepas cik pad balik kerja terus balik BM, pergi satu klinik yang memang buat treatment cekam ni, sebab mak mertua pernah buang kuku kat situ (mmg buku bertemu ruas betulla anak ngan menantu ni, hahaha!!!).   

Saat paling sakit mesti la masa kena bius, tp tak tahu la kenapa kaki ni degil sangat, tak de rasa kesan bius pun. Terasa kuku kena siat dari isi. Masa cabut doktor cakap kuku reput. Sedih sebab memang kurang minum susu skrg, mula la nak salahkan diri sendiri. Tiba2, doktor cakap yang reput tadi tu kuku yang tak habis cabut sebelum ni, tak de darah pun masa cabut yang tu. Then kuku baru elok je terletak. Sebab kaki dah ada nanah skit, terpaksa la cabut semua. Cabut kuku baru sangat sakit kot siap darah berjurai2.

Yang pasti balutan adalah sangat kemas compare dengan yang buat kat KK. Esoknya gi bukak balutan pastu boleh berjimba gi jalan2 kat Jusco. Kalau yang dulu seminggu gak berdenyut2 kaki. Nak tengok rupa jari lepas cabut kuku?? Nahhhhh!!!!!

yang merah tu kesan kuku baru yang kena cabut, jari sebelah tu bengkok sebab terlanggar almari masa form 3.huhu
Harap2 lepas ni tak ada dah drama cabut kuku. Nyah kau dari hidupku!!!

Wednesday, January 11, 2012

Adam turn 1 !!!!

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2012!!! Dah nak masuk tengah2 bulan Januari baru nak terhegeh2 nak buat entri pembukaan untuk tahun ni. Nampak cam busy sangat, padahal ada je kat sini, tak ke mana-mana pun. Rasanya semua mummy setuju kot kalau naka2 lagi sukakan gadget yang real compared ngan yang palsu. Sekarang laptop makin dikuasai oleh Adam. Ni tengah menaip ni pun tengah bergelut dengan dia. Fuhhh penat!!!

Semalam 10 Januari genapla umur Adam 1 tahun. Anak mama dah besar!! Tak ada buat party  pun untuk Adam,cikpad cakap kecik lagi. Tunggu besar sket, lagi pun tak de ramai kenalan kat Taiping ni.Yang ada pun mummy Yun. Jiran pun tak berapa nak kenal.Tunggu weekend ni la balik BM buat makan2 sikit.

Perkembangan Adam bila dah setahun
  • Berat 10.1 kg (sekampit beras), tinggi 78 cm
  • laju berlari
  • Pandai sepak bola, siap sambil berlari
  • genap setahun baru pandai hisab guna straw, minum cool blog lagi
  • pandai letak handphone kat telinga, kalau tak asyik masuk mulut je (baba, dah boleh belikan mama hp canggih dah kot =) )
  • sangat manja, nak berkepit ngan mama dia je. Berdukung pun cam tu..hukhuk berat!!!!
  • makin pot pet
  • makin rajin mengemas, kali ni angkut segala periuk, kuali, besen,bakul ngan segala barang kat dapur bawak gi depan tv. kletang kletung la sorang2 dia depan tv
  • dah pandai nak bergamabar,kalau dulu berebut camera, sekarang pandai sengih2
  • sangat obses dengan cermin, tengah nangis pun leh diam
Jom layan gambar2 kenangan. Hik hik..teremo sebenarnya ni..nak nangis  sebab tak sangka sekejap sangat anak dah besar.

newborn
40 hari
2-3 bulan
4-5 bulan
6-8 bulan
9-11 bulan
1 year
Semalam testing potong kek, beli butter cake kat Tesco. Haru la, menjahanamkan kek jadinya=)