Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, December 14, 2011

Baby Cute Contest

Assalamualaikum


Tadi jalan2 kat blog iizla, then nampak la contest ni kan. Dah lama tak layan contest, lagi pun contest ni senang je. Jom join!!!!


Gambar konon2 cute yang dipertaruhkan:

Nama ibu: Anah
Nama anak: Muhammad Adam Ziqri
Tarikh lahir: 10 Januari 2011


syarat -syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun.
2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda.- DONE
3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK. - DONE
4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini. -DONE
5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda.- DONE
6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda. 
7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda.- DONE
7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby.- DONE
8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini. -DONE
9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen. -DONE


Hadiah yang bakal dimenangi :

Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 



Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA




Tarikh tutup :: 8.Februari.2012
Nak tag:

Monday, December 12, 2011

Cubaan bawak Adam tengok wayang sangat berjaya!!!!

Assalamualaikum

Apa kabar semua?? Lamanya tak ngadap blog sendiri, dah seminggu dilanda pening kepala pusing so mood nak berblog  sama2 berpusing2 ntah hilang pergi mana.Ayat pun dah pusing2. hukhuk

berbalik kepada tajuk, Jumaat haritu dah selamat bawak Adam tengok wayang. Siap layan ombak rindu lagi. Sebenarnya serba salah jugak nak bawak Adam sebab tak yakin takut nanti dia buat onar dalam panggung tu pulak. Nak tinggal kat mak mertua cam gigih sangat la pulak nak balik BM semata2 nak tengok wayang. Last2 cikpad cakap bawak je tengok cam mana, tak cuba tak tahu. Penangan Ombak rindu punya pasal..hehehe

Cik gi beli tiket siap2 sebab nak duduk seat paling atas dan paling tepi. Senang kalau Adam nangis ke apa boleh lari keluar cepat2.Kami ambik show pukul 9.40 malam.Sebelum tu memang tahan Adam dari tidur, bagi dia penat main bagai. Bila start cerita dalam 5 minit cam tu terus tidur dengan aman, then lagi 5 minit nak habis dia join layan sekali. Siap mak cik kat sebelah kagum ingatkan Adam layan cerita sampai habis sebab masa masuk tu Adam celik lagi.hehehe.

Best la jugak cerita tu, cuma bila dah baca novel, angan2 sama cam novel tu tinggi menggunung, dalam hati asyik ' dalam novel lain'..tapi tak de la nangis sampai nak meleleh air hidung bagai kan. Boleh tahan macho lagi la. Lagi satu bila dah hujung2 tu, saya pening pulak tiba2, memang potong mood jadinya..huhuhu

Bila dah berjaya bawak Adam layan movie, lepas ni boleh la menggedik nak tengok cerita lain pulak. Ngeee..2 tahun kot tak masuk wayang since pregnant, jakun kejap=)