Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Tuesday, November 29, 2011

2nd Anniversary @ Cameron Highland

Assalamualaikum.

Semalam 28 November 2011 genap usia perkahwinan kami 2 tahun, rasa sekejap la sangat, tapi dalam tempoh tu jugak la macam2 perkara yang dilalui bersama,pahit manis masam kelat semua ada. Tapi rasa2 tu la yang mematangkan lagi hubungan. Tambah2 ada budak tecit yang makin banyak akal, lagi la berwarna warni dan bertambah rasa jadinya..hehehe

Sempena anniversary teringin gakla nak pergi jalan2,habiskan masa bersama keluarga kecil kami ni, patutnya kami ke Melaka, tapi atas kekangan masa sebab cik pad tak ada cuti sebab baru tukar tempat kerja la katakan, maka kami rancang nak ke Langkawi, ok siap berangan nak beli periuk bagai,tiba2 rasa macam jauh pulak nak pergi Langkawi, tambah2 nak bawak anak kecik naik feri yang sesak ngan manusia bila musim cuti sekolah memang tak sanggup la. Last2 ting terbayang2 Nora Elena, tiba2 nak gi Cameron. Nak tunggu nak gi ngan Yun and Miza tak tau la bila. Kami pergi dulu ye, nanti kita plan elok2, kita konvoi pulak ye. hehehe

Nak pergi Cameron mencabar gak la sebab hotel semua full, ye la weekend+public holiday+ cuti sekolah,last2 dapat gak la duduk kat Jurina Hill Lodge, boleh la daripada tidur dalam kereta. Nak sampai sana, punya la lama, kereta bersusun, sampaikan Adam muncung sedepa sebab bosan duk dalam kereta. Aktiviti bnyak makan je la, mana taknya, dah la asyik hujan je, perut pun lapar la..Hehehe. Taman rama2, strawberry valley ngan rose valley pun kami tak pergi sebab nak simpan tuk pergi lain kali, lagi pun Adam kecik lagi, ambil pengalaman pergi zoo last week, tunggu Adam pandai cakap baru nak pergi semua tempat..hahaha.. Entah bilapun tak tahu la =)

Nak makan steambot, syok hujan2 makan steamboat
Adam ngan baba
Cactus point, sempat rembat pokok bunga 3 pasu
BOH Plantation Sungei Palas

Memang tak pergi banyak tempat pun, Ahad masa pergi habis masa dalam kereta menempuh jam, then hari Isnin nak turun awal sebelum sibuk dengan orang. Tapi memang puas sebab boleh 24 jamdengan yang tersayang.

Buat suami tersayang, terima kasih atas segalanya. Maaf andai ada yang terkurang dan yang terlebih2. Moga rumahtangga kita kekal aman damai dengan kasih sayang dan rahmat dari yang Maha Esa. Sempena tahun baru, moga segalanya lebih baik dari segala sudut,sama2 kita ubah apa yang patut dan tingkatkan apa yang perlu =)

Friday, November 25, 2011

Adam dah boleh jalan =)

Assalamualaikum

22 November 2011 tarikh Adam boleh mula jalan. Sebak sangat masa tengok dia mula jalan. Jalan 2 langkah stop, pastu jalan lagi. Bila rasa lambat mula la dia merangkak, cepat sikit sampai..hehehe.. lepas ni mama Adam kena cergaskan badan nak kejar Adam keliling rumah. Conform penat, takat kejar dia duk merangkak merata pun kadang2 surrender. hehehe. Adam akan nampak sangat Abang kalau boleh jalan laju2. Tiba2 takleh terima kenyataan yang anak dah besar dan diri sendiri makin tua. kahkah

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday- Nak marah ke nak gelak??

Assalamualaikum

punggah mainan
makan dan sepahkan tepung

Tuesday, November 22, 2011

Berjimba di Zoo Taiping

Assalamualaikum.

Weekend haritu kami anak beranak pergi melawat kawan2 Adam yang selalu Adam jumpa dalam Baby TV. Tapi gi jenguk kat zoo la, bagi tengok yang real punya. Pergi sana dalam kul 11 pagi sebab tunggu Adam bangun tidur dulu.Tiket masuk RM 12 seorang untuk dewasa, kanak2 tak tengok la pulak sebab Adam kan baby lagi, masuk pun free je la.

Yang menyedihkan Adam buat tak tahu je kat haiwan2 tu semua, dia lagi teruja tengok budak2 yang datang kat situ. Yang nampak terlebih excited cik pad je la,hehehe. Anak buat muka malas layan je. Sabar je la. Cik pad cakap kena tunggu besar sikit baru best bawak Adam datang zoo, tapi tak pe la, ambil syarat je dulu sebagai penduduk Taiping harusla jejakkan kaki kat zoo. Boleh??

Meh layan gambar yang tak seberapa ni

Budak buat muka malas layan
Muka bosan
sibuk tengok orang bukan haiwan
anak bapak
para penghuni zoo Taiping
nak balik dah..penat sangat
budak penat,masuk kereta terus lelap
Tu je la cerita weekend kami, tak sabar nak tunggu next weekend =)


Thursday, November 17, 2011

Jalan-jalan Penang- Entry masyam ",

Assalamualaikum

Hik hik saya rajin (Tiba-tiba je kan??) hahaha

Ahad haritu kami gi hantar mak ayah mertua gi airport Penang. Flight kul 7, makanya kul 5 pagi kitorang dah keluar rumah. Yang kesiannya Adam tak mandi sebab tak sampai hati nak mandikan dia pagi2 hari tu. Lagipun fikir lepas tu terus nak balik, tak de la ralat sangat kalau tak mandikan dia. Sebab tu entry ni jadi entry masyam sebab ada budak tak mandi=).

Tapi bila dah sampai Penang rasa cam tak lengkap kalau tak pergi pekena nasi kandaq Line Clear. Kol 8 lebih kami sampai ada lauk ayam je, bantai je la makan. Lepas makan gatal pulak kaki nak gi Padang Kota, masa tu rasa macamPenang tu kami yang punya, memang tak ada orang masa tu. Adam pun sempat la main gelongsor dengan gembiranyanya. Pertama kali kot Adam gembira main sebab selalunya dia akan nangis ngada2. Sebab dah besar kot, dah pandai main. Baba kena rajin la bawak Adam gi playground =)

Budak yang tanpa rasa bersalah pakai baju tidur =)

Alang2 kat Padang Kota, nak balik mesti la naik Feri. Ni kali pertama Adam naik feri ok!! Ok la kan sebab sampai Penang pun baru 3 kali. Masa kat feri tu nampakla Adam tu excited tapi tak terluah sebab dah ngantuk. (Camno tu??). 

Mama, Adam ngantukla

Tuesday, November 15, 2011

Tersangatlah sibuk

Assalamualaikum

Fuhhhhhh fuhhh... Kesian blog ni, dah macam 'hidup segan mati tak mahu'. Kalau dulu walaupun tak update tapi still sempat nak blogwalking. Faktor utama keadaan tak mengizinkan, tahu2 saja la anak tengah membesar, segala ruang nak explore, selagi mata dia tak lelap, selagi tu la setiap ruang rumah dijelajahnya.

Last week sepanjang mnggu Adam kena cirit birit, tapi tak ada riak sakit pun kat dia. Aktif kemain lagi ada. Sedar2 dah bau masam, kalau tak perasan bau masam sedar2 dah bocor lekat kat seluar. Bila weekend haritu dah tak berak2, tapi hari ni dia mula balik. Tapi tak la seteruk last week. Jumpa doktor, dr bagi air garam je.

Sekarang ni, Adam dah 10 bulan, kerja-kerja mengemas rumah memang tak pernah habis, tambah2 kalau time Adam main, mainan bersepah2 serata rumah. Tapi saya tak pernah rasa penat nak kemaskan walaupun terpaksa ulang aktiviti yang sama berbelas kali. Mulut cakap 'haiiipppp' tapi dalam hati mengekek gelak tengok gelagat si bujang sorang tu. Kalau time makan tu memang bercinta la nak suapkan, tak boleh duduk diam, hasilnya makanan pun bersepah2 la. Kadang2 kesian kat cik pad balik kerja tengok rumah bersepah. Tapi mujurla kekasih hati saya tu faham ngan semangat main anak dia.' Main bersungguh-sungguh'. =)

Kalau dulu Adam ada banyak kawasan di bawah label 'NO ENTRY', tapi  sekarang tak ada maknanya, semua dah langgar. Setiap ceruk rumah selamat sampai kat Adam. Memang sabar je la, kadang2 memang sakit jantung sebab sedar2 je dah hilang, pastu terjumpa tengah terselit kat mana2. Merangkak bukan main laju, tak terkejar. Berdiri pulak memang dah pakar, tapi bila sebut je perkataan 'tak tih' terus duduk siap lembikkan lutut. Nak pimpin jalan pun tak nak,lagi gemar merangkak dengan tangan bunyi 'plap plap plap' kat lantai. Kalau tengah masak kat dapur, bila dengar je bunyi tapak tangan Adam tengah merangkak, terus rasa cuak sebab 'TUKANG KEMAS' dah datang!!!! Tumpahkan telur dari mangkuk  dan terbalikkan bakul sampah adalah antara kejayaan Adam kat dapur. Yang pasti dapur adalah tempat faveret Adam dan juga tempat yang sangat bahaya kat Adam sebab Adam dah sampai pegang kuali yang ada kat atas dapur gas yg atas kabinet masak. Lagi sekali nak gugur jantung.

Itu je la ceritanya, penat tapi hati puas tengok anak membesar depan mata. Setiap perkara yang Adam buat akan diceritakan dengan penuh gembira kat cik pad walaupun kadang2 mencabar kesabaran. Tiba2 rasa cepat sangat Adam membesar. Owhhh bakal merindui Adam yang sangat baby sebab sekarang tak nampak macam baby sangat dah sebab gigi dah ada 7 batang=) Bukan main suka test giginya tu, hasilnya Adam pernah gigit saya kat montot tau. Geram je. Hahahaha

So layan la gambar2 Adam=) Kebanyakan gambar lama. Gambar baru tak transfer lagi


Hai!!!! saya Adam Ziqri

Ni gaya saya tidur

Ni masa picnic tepi air terjun, Adam mandi ngan baba, mama lupa bawak baju..Rugi-rugi

Lepas makan aiskrim tapi Adam mama bagi makan kon je

Gaya orang Terengganu yang takut bunyi ombak ( Mood kurang best sebab bangunkan dari tidur)

Opsss seksi. Mandi lepas potong rambut

Tu je la gambar Adam nya. Mengharapkan camera hp la sebab charger camera tak tahu hilang entah ke mana. Moga lepas ni akan rajin meng'update' untuk kenangan di masa hadapan.



Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Assalamulaikum.

Apa khabar semua? Banyak tak makan daging??Hehehe. 
Tahun ni kami sekeluarga sambut Aidiladha kat Bukit Mertajam. Aktiviti sama je la kot macam tempat2 lain, solat sunat raya, ada korban then makan tak ingat2. Raya puasa haritu kan raya kat Terengganu, so bila balik BM dah tak ada makanan special, makanya kali ni bantai la makan puas2. Makan dari pagi sampai petang. Mana taknya, ada lontong, soto, rendang, lemang, laksa orang bagi, ketupat orang bagi dan nasi tomato orang bagi. hehe

Tu je la ceritanya, satu hari semalam duduk rumah nenek cik pad je. Maghrib baru terhegeh2 nak balik sebab ada orang nak datang rumah. Malam tu memang terbongkang tidur tak sedarkan diri. Adam pun sama naik penat. Tidur start maghrib sampai la pukul 7 pagi =)

Salam Aidiladha

Saya ngan Adam pakai baju yang tak sempat pakai masa raya, cik pad recycle baju nikah.(Kenapa Adam garang sangat??)

Adam sembang kencang dengan mak su

Hero dalam hati =)