Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Assalamulaikum.

Apa khabar semua? Banyak tak makan daging??Hehehe. 
Tahun ni kami sekeluarga sambut Aidiladha kat Bukit Mertajam. Aktiviti sama je la kot macam tempat2 lain, solat sunat raya, ada korban then makan tak ingat2. Raya puasa haritu kan raya kat Terengganu, so bila balik BM dah tak ada makanan special, makanya kali ni bantai la makan puas2. Makan dari pagi sampai petang. Mana taknya, ada lontong, soto, rendang, lemang, laksa orang bagi, ketupat orang bagi dan nasi tomato orang bagi. hehe

Tu je la ceritanya, satu hari semalam duduk rumah nenek cik pad je. Maghrib baru terhegeh2 nak balik sebab ada orang nak datang rumah. Malam tu memang terbongkang tidur tak sedarkan diri. Adam pun sama naik penat. Tidur start maghrib sampai la pukul 7 pagi =)

Salam Aidiladha

Saya ngan Adam pakai baju yang tak sempat pakai masa raya, cik pad recycle baju nikah.(Kenapa Adam garang sangat??)

Adam sembang kencang dengan mak su

Hero dalam hati =)


No comments: