Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, January 18, 2012

Cekam/ Cagu!!! Nyah kau!!

Assalamualaikum

Tajuk macam apa je kan. Tadi baca blog mummy Yun pasal perubahan lepas bersalin. Yang terjadi kat mummy Yun tu memang semua ada kat diri ni. Yang pasti mummy Yun tetap kecik dan comel kalau nak dibandingkan ngan Anah ni. hehehe. Tapi saya ada tambahan lagi tau, lepas bersalin, tak tahu la kenapa penyakit cekam/cagu ni suka sangat nak menempek kat jari ni.Pernah cerita kat entry ni. Masa dalam pantang dulu lagi teruk sampaikan 10 jari tangan ngan 2 ibu jari kaki kena cekam tau. Kronik yang amat masa tu.Lepas tu beransur2 hilang kecuali kat kaki yang membawa kepada tragedi cabut kuku..huhu

Ingat ke lepas kena cabut kuku, then kuku dah tumbuh balik maka tak ada la masalah ni. Rupanya tak jugak, kali ni makin teruk. Tambah2 dengan anak yang makin melasak yang tanpa sengaja duk pijak kaki mak dia yang bengkak. Sakit tahap macam nak pengsan kot!!! Sebab tak tahan, Jumaat haritu, lepas cik pad balik kerja terus balik BM, pergi satu klinik yang memang buat treatment cekam ni, sebab mak mertua pernah buang kuku kat situ (mmg buku bertemu ruas betulla anak ngan menantu ni, hahaha!!!).   

Saat paling sakit mesti la masa kena bius, tp tak tahu la kenapa kaki ni degil sangat, tak de rasa kesan bius pun. Terasa kuku kena siat dari isi. Masa cabut doktor cakap kuku reput. Sedih sebab memang kurang minum susu skrg, mula la nak salahkan diri sendiri. Tiba2, doktor cakap yang reput tadi tu kuku yang tak habis cabut sebelum ni, tak de darah pun masa cabut yang tu. Then kuku baru elok je terletak. Sebab kaki dah ada nanah skit, terpaksa la cabut semua. Cabut kuku baru sangat sakit kot siap darah berjurai2.

Yang pasti balutan adalah sangat kemas compare dengan yang buat kat KK. Esoknya gi bukak balutan pastu boleh berjimba gi jalan2 kat Jusco. Kalau yang dulu seminggu gak berdenyut2 kaki. Nak tengok rupa jari lepas cabut kuku?? Nahhhhh!!!!!

yang merah tu kesan kuku baru yang kena cabut, jari sebelah tu bengkok sebab terlanggar almari masa form 3.huhu
Harap2 lepas ni tak ada dah drama cabut kuku. Nyah kau dari hidupku!!!

12 comments:

Intan said...

ciannyer anah...takut plak intan..alhamdulillah wat mas anie intan takder maslh tue..cumer mslh mcm yun jer.

Kemn Azmaili said...

hye Anah,

jom join 1st GA frm PopScarf! dapat free shawl zulaikha tau.. =)

Thank you..

Akma said...

ayork...jadi lg ke??
actually apa sebenarnya punca kaki cengkam erk??
tapi memang sakitkan bila kena...

Puan Kutu said...

aduh dengar je dah sakit..kenapa boleh jadi smp macam tu ekk..sabo yer..tp dah bley berjimba kt jusco tu oklah kan?hehe..

rDnA said...

ishhh ngeri pulak baca kena cabut2 kuku ni..sure sakit

•♥ Myra ♥• said...

huhu...seramnya tgk gambar tu..cousin myra pun penah kene camni gak..tp kat jari tgn..mmg kena cabut kuku dia..

Anonymous said...

kak nak tanya la,
akak cabut kuku tu kat klinik or hospital ?
berapa kena bayar eh ?
kaki sy pon jadi macam ni la and tak baik2 lagi smpai sekarang. harap akan dapat tolong sy

Anah said...

hahaha..seram kan..harap2 kali ni last..xlarat dah nk tahan sakit berpanjangan..sakit beranak pun kejap je.. hehehe

Anonymous: cabut kat klinik, RM 50 je kena bayar sekali ngan ubat..

filemkita said...

buat di klinik mana ya?

Anonymous said...

Dr mlm td xdpt tido sakit wooo caguni camnola den nak buatni da le skt gile gile huhuhuhuhuhu yes

ucop said...

Penyakit cagu ni saya hadapi beberapa tahun lepas dari th 2014 hinggalah sekarang 2017.penyakit ni punyanya terjadi kerana kuku cengkam dan lambat potong. Tapi sejak akhir2 ni disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat dan juga bentuk kasut A yang tak sesuai dengan kaki saya yang lebar di bahagian depan. Sejak terkenan penyakit ini bahagian ibu jari kaki kiri dan kanan sayan akan bengkak dan bernanah dan amat sakit sekali apalagi bila terlanggar benda juga dilanggar oleh orang lain.Bermacam ubat yang saya beli kat farmasi,pergi klinik dan berjumpa denganorang yang mengubat secara tradisional, namun semuanya tak jadi. last2 saya terpaksa ambil jalan dengan mencabut kuku tersebut di klinik kerajaan. Bila kuku sudah tercabut maka sembuhlah,tapi jadi berulang pula di kaki yang sebelah lagi,kes masih lagi mengamalkan pemakaian kasut yang berbentuk A itu, hingga kini 4 kali sudah saya mencabut kuku2 kaki tersebut.Semasa saya menulis coretan in saya baru 4 hari selesai mencabut kuku sebelah kiri, yang telah juga dicabut pada bulan 11.2016. Pada bln 4, saya mencabut kuku di sebelah kaki kanan.
kepada sesiapa yang nak bertukar pendapat tentang penyakit ini bolehlah wsap or sms or call saya...0139791552...senoi praaq. bye

HAZMI YAHAYA said...

Saya pon mengalaminya skrg. Lepas bersalam cekam jari tgb dan kaki menjadi2.. Ada gg smpai nanah. Knp yer.. Faktor hormon ke. Atau sbb dlu msa preggy bdn bengkak2