Assalamualaikum.
Lazimnya kita sambut malam Nisfu Syaaban pada malam 15 Syaaban dengan membaca Surah Yassin sebanyak 3 kali serta amalan2 yang lain.
Sebut pasal Nisfu Syaaban teringat pulak masa form 5 dulu. Kebetulan masa malam tu kelas kitorang nak buat BBQ untuk reunion kelas form 4, petang tu pakat-pakat duk set tempat, buat sandwich bagai. Masa tu ayam semua dah tempah. Kebetulan yang nak jadi imamnya tu budak kelas kitorang merangkap Presiden BWP. Dia bagitau la malam tu ada aktiviti kat surau. Masa tu mana la nak amik tau sangat benda-benda cam tu, yang tau nak main je. Bila dia bagitau semua pakat kalut sebab fikir pukul berapa nak start kan aktiviti BBQ tu. Dah nama pun duk hostel, sah-sah la pukul 11 dah kena perintah berkurung.
Sebagai penyelesaiannya, kitorang pakat la ngan Azhar tu, cakap kat dia, " Apa-apa pun, malam ni ko jadi imam, ko jugak jadi ketua tuk bacaan yassin tu tiga-tiga kali tu. Pastu ko baca laju-laju". Memang betul dia buat, cam nak terputus nyawa baca Yassin tak henti-henti. Bila fikir balik, jahatnya dulu, pandang remeh je benda2 camni. Siap boleh bawak main semata- mata nak buat aktiviti BBQ.
Tapi tu kisah 9 tahun dulu la, otak fikir nak main je. Alhamdulillah, makin hari makin matang, pandai menilai baik buruk dan paling penting dapat bagi contoh yang terbaik buat anak-anak. Adam Ziqri jangan tiru mama tau.
Tahun 2011, bersama 2 orang cinta hati=)
3 comments:
camne baca laju2 .. semput la cam sepah.. haha comel nye adammmmm. ;)
gelak jer bila igt zaman skolah...
kejap jer ms berlalu...skg dah jd mak ngan isteri org...
nape kopiah adam besar ngat tuy...nak tutup mata dah mama...
effa:mmg semput la mengalahkan sepah. hahaha
kema: mmg xsenonoh la ms zaman budak2..besar sbb pinjam papa punya la aunty=)
Post a Comment