Monday, July 18, 2011

Suami saya yang bertuah!!!

Assalamualaikum

Sabtu lepas cik pad ada join bowling tournament anjuran Jabatan Alam Sekitar Kedah.Ni tahun ke-2 cik pad wakil kilang dia untuk kejohanan yang sama. Tahun lepas saya bagi sokongan sambil bawak perut, tahun ni tak dapat la nak teman. Sendiri kena faham la yang anak bujang saya ni bukan jenis senang tidur. Tambah pulak kat tempat bising sampaikan mamanya ni dah lagak cam orang nak lari dari rumh tiap kali nak buat kerja rumah masa Adam tengah tidur. Tertib kemain!!

Nak dijadikan cerita, balik tengah hari tu cik pad pun konon2nya la ngadu yang dia main tak best sebab saya tak de bagi sokongan. Hahahaha. Kembang kejap. Pastu masa penyampaian hadiah tu saya pergi la, tapi mestila keluar awal sebab nak tengok2 team yang lawan untuk sesi petang. Memang bingit habis la, mula2 Adam cam enjoy la duk dalam tu tengok orang baling gedebung gedebang. Pastu bila dah ngantuk tu mula la bunyi hokhek dia tu. Keluar masuk la kitorang nak pujuk anak. Saya ajak la cik pad balik sebab kalau menang pun dah ada wakil nak amik hadiah. Tapi cik pad tak nak balik sebab nak tunggu cabuatan bertuah. Cam pernah bertuah je selama ni. 

Masa penyampaian hadiah tu memang macam sesi tayangan semula suasana tahun lepas sebab jadi group pertama kenan umum. Tahun lepas pemenang sampai no. 20, then group cik pad dapat no.20. Tahun ni plak ada 30 pemenang, kali ni dapat no.30. Ok la, dapat gak hamper ngan duit RM 50. Hadiah sebijik sejibun cam tahun lepas. Masa tu Adam dah tidur dalam tangisan dah, tak tahan sangat kot tahan ngantuk, terlelap gak atas lengan saya. Dah la tak bawak stroller, memang kebas la tangan duk dukung dak kecik tu. Masa cabutan bertuah tu cam nak ajak cik pad balik dah, tapi tak sampai hati. Alah, kalau kita dah tahu kita tak pernah nak dapat nombor bertuah pun kita still tunggu sampai habis gak kan dengan harapan kali ni  kita bertuah. Tu la yang jadi kat cik pad, tunggu punya tunggu akhirnya dapat gak hadiah cabutan bertuah buat kali pertama dalam hidup. Tahniah!!! Tapi dapat hamper je pun,sah2 la share ngan team mate. Kenapa la abang tak bertuah masa dinner kilang haritu, kan best =)

1 comment:

Puan Kutu said...

hehe ok gak tu bertuah gak..tp kesian adam..:)