Thursday, July 7, 2011

Macam-macam cerita

Assalamualaikum..

Sebenarnya ada bnyak benda yang nak dicerita, tapi disebabkan saya bukan penulis yang baik buatkan saya perlu ambil masa nak mengarang. ye la, masa sekolah dulu memang la selalu dapat A untuk karangan, tapi tu dah berapa tahun lepas. Entry sebelum ni pun enntry yang dah lama duk dalam draft. Agaknya kalau kena buat karangan SPM sekarang, mesti ada banyak tanda merah. Tiba2 saya rindu cikgu BM saya, Cikgu Jai dengan Cikgu Aida.

hari Ahad hari tu Adam dah gi check up untuk 6 bulan. Dah besar dah anak mama ngan papa ni. Sekali mood tak elok la pulak. Masa nak gi KK tu Adam baru nak lelap, sampai sana memang mengamuk je la. Tambah2 bila nak buka baju nak timbang. Mengamuk melarat sampai masa inject. Meronta2 sampaikan nurse pun takut nak inject. Anak bujang saya tu memang sangat kreatip dalam bab ngamuk2 ni. macam2 gaya. Kalau dulu kalau anak nangis memang saya gelabah, tapi skrg cool je. Selalunya sebab nak tidur, tak pun memang saja2. Kadang2 kalau ngamuk, tapi saya buat tak layan, pandai plak diam sendiri. Anak oh anak

Lepas check up, balik BM sebab nak ambik barang nak gi hantar Alor Star.  Masa on d way balik BM tu Adam tidur je la, pastu masa patah balik nak gi Alor Star, lepas je exit Sg Petani terus je mengamuk, kesian kat nenek gelabah tengok Adam nangis cam tu, siap suruh berenti tepi highway. mama ngan papa senyum je sebab dah selalu sangat tengok situasi macam tu. Last2 berenti kat tol Alor Star, duk ambik angin kat luar sambil duk kira kereta. masuk kereta je nangis. Bosan sangat la tu duk dalam kereta, tu baru perjalanan 2 jam. Sekarang tengah berkira2 nak ikut ke tak cikpad gi KL sebelum puasa ni, boleh buat sebagai latihan kat Adam sebelum balik Terengganu.huhuhu. 

Pastu Isnin haritu Cik pad bawak gi makan pizza, tapi haritu memang sedih la, buat saya rasa dah patah hati nak gi makan pizza dah. bukan apa,dah la tunggu kat sejam baru nak smpai semua makanan, pastu sejuk2 plak tu. nampak sangat dah lama siap masak tapi tak de orang nak hantar. Dah la salah pizza, geram je kat budak trainee tu, saya tau rupa bentuk pizza saya sebab tiap kali gi pizza saya tak pernah tukar menu. Budak tu pun bukannya nak tanya senior ke, memandai je. Sekali suruh cik pad gi tukar. Alang2 semua makanan dah sejuk, kitorang suruh bungkus je, balik makan kat rumah. Dah la bil salah, mana ntah datangnya pizza lagi sebijik. Merajuk ngan Pizza Hut=(

Hari Selasa pulak saya gi Interview kat Taiping, Cik pad amik cuti sebab tak de siapa nak jaga Adam, nenek gi Jakarta. Sangat berharap untuk interview kali ni, tapi ngan jawapan bengong2 saya tu buatkan saya rasa cam redha je kalau tak dapat. Saya rasa English saya sangat teruk hari tu. dah lama tak speaking london, ye la, nak speaking ngan siapa duk rumah je. Lidah pun rasa cam dah keras je. Kalau ada rezeki boleh la berjiran ngan Yun. Pastu masa nak balik Adam merengek, jemu la tu duk dalam kereta je, so berenti la kat R&R G.Semanggol.Tengah duk lepak2 lepas gayut tepon ngan Yun, datang sorang pak cik ni dengan selamba je duk sebelah sambil hembus2 asap rokok. Tak kan la dia tak nampak saya tengah pegang baby. Sedih tau, tak de kesedaran ke? Tak kisah pun nak merokok ke apa, tapi tolong la hormat orang lain.

Macam diary la pulak kan, ada laporan setiap hari. Ok la, lain kali la pulak, tulis panjang2 orang pun malas nak baca. Hahahaha

4 comments:

~YUN~ said...

insyaAllah,kalau ade rezki,leh duk setaman..yeye!! =)

Anah said...

yun, cik pad cakap setaman xpe, jagan selorong..takut asyik hilang je=)

fiszah_pjo said...

pandai ye adam test mama die..orang lain yg tkot ngn adam..mama papa wat derk je sebab da biasa :)

Anah said...

mama ng papa dah imune dengar Adam ngamuk..cam menyanyi je bunyinye=)