Tuesday, July 26, 2011

Sabtu yang sangat penat

Assalamualaikum

Apa khabar semua?? Sabtu haritu kami sekeluarga ngan mak mertua pegi KL. So macam biasa la pergi balik hari, memang tak de nya nak tidur2 sana bagai. Gerak dalam kol 8 pagi lepas Adam dah siap breakfast makan biskut Milna ngan bubur sikit. Dalam kereta terus tidur dari BM sampai Ipoh lebih kurang dalam 1 jam. Pastu masa terjaga tu Adam cam pelik, mungkin rasa apahal tak sampai2 lagi ni tapi senyum je sambil tengok2 jalan. Kejap2 duk ngan mama kat depan, kejap2 duk ngan nenek kat belakang sambil makan2 biskut ngan gaya2 yang sangat comel. Tapi tak lama pun bertahan, pastu terus hek hek huaaaaaaa. Terpaksala berenti kt R&R Tapah, isi perut budak kecik tu dulu siap2 sambil Adam duk layan kenderaan yang lalu lalang.

Bila dah gerak, start rimas balikla budak tu. Bila papa bukak tingkap terus diam, terteleng2 kepala tengok setiap kenderaan yang lalu kat sebelah, baru faham kehendak dia. Last2 dengan bunyi bising angin tu ngan peluh2 nya lagi tertido plak Adam, bila papa tutup tingkap menangis balik, terpaksa la buka tingkap sampai la Adam betul2 lena. Adam jaga bila dah betul2 masuk KL. Yeay lulus cabaran berjalan jauh!!!!

Bila dah sampai tu kerjanya masuk kedai keluar kedai la jawabnya. Adam pun behave la sangat2, tak de nak nangis2 pun. Bila penat dia tido. Disebabkan stroller tinggal dalam kereta and bawak carrier je, makanya masa Adam tidur tu mmg penat la, mujur la adik cik pad join jugak masa kitorang dah kat sana. Kebetulan adik cikpad pun lebih kurang je muka ngan saiz badan,seronok je Adam duk tido sambil kena peluk2. Mama ngan nenek releks melenggang kangkung. Adam huk hekk huk hek pun masa kol 5 camtu, masa mandi dia tak boleh tangguh ok.

Dalam kol 9 lepas selesai solat ngan tukar baju tido Adam, kitorang gerak balik. Adam memang tak pernah ada masalah kalau berjalan malam sebab di suka tengok lampu2, kereta gerak kejap je terus lentok. Tidur sampai R&R Sg Perak sebab papa nak hilangkan ngantuk. Kesian papa sebab mama pun tak tahan ngantuk malam tu. Terlelap2 je, tak leh layan sembang sangat pun. Ingat ke lepas minum nescafe terang la mata, tapi pejam gak. Adam pun bantai tidur sampai la sampai rumah dekat2 kul 1 pagi. Terus sambung tidur sampai ke pagi tapi kul 5 lebih dah bangun nak main. Kol 7 tu bila dah ada yang bangun, siap mandi2 kan Adam suruh Adam gi main ngan Pak ngah kat luar, kami laki bini bantai tidur, sampai kul 8 je pun. Perangai baru lepas balik dari KL Adam asyik nak berdukung je ngan nak duk luar tengok kereta. Banyak cantik!!!! Hari ni dah ok sket, mood pun elok je. Ni yang sempat mengarang ayat ni =). Semalam cam nak gigit2 je menangis tak ingat2. mama nak breakfast biskut oreo je pun tak sempat. sekali dapat peluang bantai makan biskut sakali hadap je habis 1 paket. Mana tak gemuk =(

p/s: sedihla, pegi KL haritu tak de ambik gambar sekeping pun.

2 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

akak pon penat weekend baru ni..ade kenduri kat umahmertua..:-)

gud boy la adam..mcm rafiq masa kecik2 dulu..skang pon rafiq srnang jaga..cuma jgn kasi dia berjaga dalam kete..dia nak men stereng huhuhuhu

Anah said...

Adam pun jenis suka main stereng..Lain macam kot rs duk kat tempat driver.=)