Monday, June 27, 2011

Terasa diri sangat hebat!!~mood perasan sorang-sorang

Assalamualaikum

tajuk entry yang boleh buat orang muntah hijau..tersangat la perasan, kalo cik pad baca pun boleh pengsan ni..pung pang pung pang je lebih..bukan apa, semalam mak mentua cakap nak datang, so macam biasa, sebagai menantu yang tak berapa pandai masak ni gigih la duk fikir nak jamu apa, then terfikir nak buat roti jala, tp kena godek2 resepi dulu la, pastu cik pad dengan bersungguh2nya halang sebab dia tau kot isterinya ni lemah bab2 buat kuih..pastu cik pad suruh masak nasi ayam je..ok la walaupun saya takut tak jadi..malu wehhh

pastu dalam kol 10 lebih tadi dah start masak sup ngan nasi sambil layan Adam ngamuk..sekrang tak de istilah nangis dah kat anak bujang saya tu, ngamuk je kejenya..entah apa yang tak puas hati sangat pun tak tau la..yang saya ni punya la beriya masak nasi sampai habis beras..cam banyak sangat je kan, tapi memng bnyak la tuk 6 org makan, selalu masak untuk 2 mulut je..masa nak perap ayam tiba2 cik pad call bagitau mak mentua saya tak jadi datang..dalam hati lega sebab segan la nak bagi mak mentua rasa walaupun saya tau mak mentua saya tak pandai buat nasi ayam (memandai je ko anah!!!)..kahkah, tp sape nak makan nasi bnyak2 tu? cikpad cakap kita makan je la..macam mampu je nak habiskan..tapi rasanya nak bagi kat jiran sebelah la walaupun tahu yang hakikatnya suaminya pandai masak..

tup2 cik pad call kol 11 lebih bagitau nak balik makan, meroyan sebab isteri dah siap masak nasi ayam la tu..padahal ayam xsempat nak perap pun lagi sebab isteri duk asyik cakap kat telefon tnya kabar orang kampung..dah suami nak balik tak kan nak cakap makan petang je la, gigih la sambil pujuk2 anak ngamuk g perap ayam, buat sambal dan goreng ayam..pastu siap!!!! angkat Adam dari bouncer kat dapur terus bagi masuk buai..terus tido=) nak tido je pun, tp nangis cam kena dera..sebelum tu bagi masuk buai meronta2 nk ikut mama duk dapur..ayoyo

yang buatkan diri terasa hebat sebab boleh masak dengan cepat dalam tekanan anak menangis, masak dalam kuantiti yang banyak (eleh, 6 orang makan pun kira banyak ke?? biarla!!!), yang paling penting sedap (perasan sangat2)..ok la suami cakap sedap, bukan masuk pertandingn Jaguh Kampung pun..=)

dipersembahkan NASI AYAM HAPUSKANLAH AIR MATAMU yang dimasak dengan iringan air mata anak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sedap walaupun dalam gambar nampak kurang menyelerakan..fail la bab2 hias ni=(

10 comments:

~YUN~ said...

anah,sharela resipi..hehe!

Halimaton Hanafee said...

mcm sedap jek tu...jomlah share resepi

Aidanisme said...

anah.. bahan2 perap tu ape ye? share la resepiii

Anah said...

yun,halimaton and mama aidan: segan la, ni kan entry perasan yg amat..tgk la esok2 kalo dah hilang rasa segan anah share resepi sesedap rasa ni=)

Puan Kutu said...

sedap2..suka nasik ayam.tp mak mertua tak mkn ayam.so klu mertua dtg mmg takde menu ayam bila msk..selalunya ikan jer!

rDnA said...

Kira ok la tu anah..nmpk sedap..cer post sini sikit..tp mmg adventure msk time anak mnangis.tp kdg2 time kelam kabut nk layan diorang tu tetiba msakan tu jd sedap..kn?

Anah said...

muni: nak makan sgt punya pasal la tu yg terajin buat..

dina: ms anak nangis la gaya msk jd sgt pro..tangkas semcam je=)

.:Mrs. Engineer:. said...

sodap nye :)

aDieyZa said...

nampak sedap!! share resepi plz..

Anah said...

yanie: =)

zana: ok, nnti anah share