Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, August 10, 2011

7 months young!!!

Assalamulaikum

Alhamdulillah hari ni dh hari ke-10 puasa, cepatnya masa berlalu,  tak terasa pun puasa kali ni tiba2 rasa terkejut sebab dah 10 hari=). hari ni plak birthday Adam yang ke 7 bulan. Alahai cepatnya dah besar anak mama ni,peluk cium sket, mmmahhhhhhh!!!!

Meh nak cerita sket perkembangan Adam setakat ni.

  • sangat suka makan, punya la haritu saya risau Adam tak suka makan, tapi sekarang tak nyempat2 asyik nak makan je, penyelesaiannya Adam tak nak bubur yang dah blend halus, dia nak bubur ketul2 ok, gigi baru sebatang tp taste cam orang besar. Kalau nampak makanan orang lain, mula la buat muka pelik kat makanan dia, so ayam golek dah selamat masuk perut Adam, sekian
  • sangat "bapa borek, anak rintik". suka buat bunyi 'kroook' guna hidung sebiji cam papa dia. suka ikut papa dia goyang2 kaki dan suka jugak buat macam2 bunyi. 
  • dah pandai duduk. Gaya paling faveret adalah duduk kaki katak, ala yang kaki lipat ke belakang tu
  • sangat rajin berdiri tapi dengan bantuan la, pernah gak cuba lepaskan tangan tapi jatuh gedebuk
  • rajin tolong mama mengemas, kelam kabut satu rumah. Paling2 suka kemas baju yang mama dah lipat, sabar je la
  • Dah pandai bukak laci kabinet kat dapur, tiap kali duk dapur mulut mama dia dah bising pot pet pot pet duk melarang anak duk main laci, paling takut kalau terkepit jari, periuk kat rak pun dah tunggang terbalik kalau datang mood megemas dia.
  • suka memanjat, mujur rumah tak de tangga. boleh panjat badan mama ngan papa dia je la
  • perangai menangis dalam kereta dah hilang, suka naik kereta sekarang tapi tak nak duk seat belakang
  • paling best dah pandai gomol mama ngan papa dia.Ni edisi serang balas kot sebab kami selalu gomol Adam. Kalau Adam gomol memang kkami menjerit, geli sangat tambah2 ngan air liur dia yang menjurai2. bersungguh2 dia cium=)
 gambar lama, mama malas nak snap gambar sekarang=(

Tu je la kot, nk gi lipat kain pulak ni, nanti kalau Adam jaga tunggu mood saya rajin la plak baru lipat. Alahai kenapala malas sangat nak lipat kain. Huhuhuhu

    4 comments:

    ~YUN~ said...

    anah,kejap nya adam besar,xsaba plak nk tnggu rayyan besar,hehe!

    abg adam bila nk jmpa rayyan ni?hehe~

    Anah said...

    atheadean: nnti bila ilyaas dh besar msti rindu ms dia kecik2.. geramkat kt diorang ni, cam nak gigit je..hahah

    yun: anah dulu pun dulu xsabar nak adam besar, tpkejap je dh besar.
    bila ntah nak jumpa Rayyan, tunggu balik Taiping la kot=)

    Ilyani said...

    comey nye adam...anak sedara sy pun name adam gk... :)

    Unknown said...

    comey je adam ni..