Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Thursday, August 11, 2011

Adam dan walker

Assalamualaikum.

Sebenarnya walker adalah antara benda yang saya nk elakkan untuk Adam. Ye la sekarang ni dah ramai yang bincangkan tentang keburukan walker ni dan saya pun nak elakkan la jugak. Tapi sebenarnya terpulang kat kita, kalau nak cedera tu, tanpa walker pun boleh cedera gak.Kalau boleh segalanya nak yang terbaik buat Adam. Tapi disebabkan beberapa faktor, saya terbeli gak walker kat Adam.

Masa mula2 family suruh letak Adam dalam walker, saya buat2 tak tahu je, cakap biarla dia explore sendiri. Pastu Adam ni pulak hobinya suka la jilat lantai, tak faham sungguh la ngan tabiat dia yang satu tu. Kejap2 tertonggeng2 jilat lantai. Masa tu Adam tak pandai merangkak lagi tapi dah pandai duduk dalam posisi merangkak dan saya harapkan bila dah pandai merangkak tak de dah la tabiat jilat lantai,tapi ada jugak=(.

Pastu Adam ni jenis tak duk main sorang2, kalau boleh nak berkepit 24 jam,kalau gi dapur terpaksa la usung skali. Dulu letak Adam dalam bouncer tapi sejak dah besar ni tak nak dah duduk dalam tu, tak sampai hati biar dia menjulur atas lantai kat dapur tu. Pastu suka jugak la mencapai wayar2 kat atas lantai tu bagi masuk mulut, bahaya betulla. Tu belum lagi aktiviti mengutip segala benda yg ada kat lantai. Kalau emut melintas bukan main lagi usha.
Paling tak tahan masa dia buat perangai nak duk dalam stroller kat luar rumah berejam2 tak nak masuk rumah. Dengan cuaca panas tak de angin buat saya berangin gak la, dalam seminggu gak dia buat perangai cam tu, terus ajak cik pad beli walker, sekurang2nya leh Adam duk depan sliding door tengok luar. Risau la duk luar dengan jiran kebanyakannya keluar kerja, dah la sebelum tu dah ada kes rompakan kat lorong depan.

Letak dalam walker pun tak senang jugak, pernah saya rasa jantung nak tercabut tengok Adam duk pegang tayar dia punya walker,kaki dah ke atas, lagi sikit nak jatuh. Bila dah duk dalam walker tu, senang la nak mencapai segala hiasan kat rak, maka rak pon dah togel tak de apa dah. Bagi saya guna walker ke tak guna ke dua2 pun kena extra carefull sebab budak nak membesar segala2nya nmpak menarik kat pandangan mata diorang. segala benda nak disentuh, nak dicapai. Tapi Adam tak de la asyik duk dalam walker je, selalunya masa nak masak kat dapur ngan masa makan je la. Sekarang pun dah takde nak duk depan sliding door tu, dah bosan agaknya.

menangis masa mula2 letak dalam walker, lawak betul muka Adam masa ni..hahahahaa

4 comments:

~YUN~ said...

adam xrela ke duduk walker?hehe!

MamaPatch said...

hehehe...comel je muka adam nangis !

ederq said...

kalau exersaucer? tak bahaya

Anah said...

yun: awal2 je sombong konon2 xrela, pastu suka la senng nnak bergerak sana sini=)

Faeza: tq aunty!! selalunya Adam nangis mulut luas=)

Athedean: keputusan kat tangan kita bergantung pd keadaan, walker ni pun sementara je, nnti dh pndai menapak, simpan msuk stor je la=)

ederq: pernah gak try kt jusco, cam best gak, tp terfikir pun nak beli sbb tiba2 je buat keputusan nk beli walker=)