Wednesday, August 24, 2011

Raya Oh Raya!!: Yang sebenarnya

Assalamualaikum

Berbalik kepada entry sebelum ni, Alhamulillah kerajinan datang dalam masa yang singkat (singkat la sangat), sedang elok Adam pun tengah tido, bulan puasa waktu tido dia lari sikit, so sekarang ni tak de la orang nak kacau=)

Raya tahun ni merupakan raya yang paling bermakna sebab ada Adam yang nak digodek2=) Tapi tak bermaksud persiapan raya tu hebat sampai segala benda nak ditukar. Persiapan masih ala kadar, biasa2 je, tak ada yang membazir. InsyaAllah raya tahun ni kami akan beraya kat Terengganu dulu, tapi tak decide lagi bila nak baliknya sebab cik pad kena tolong mak ayah dia meniaga dulu, ye la hujung2 ni memang tak menang tangan la. Yang penting nak jugak puasa kat sana sehari, sehari pun cukup daripada tak dapat langsung kan.

Sebagai seorang yang tak berbakat nak buat segala jenis kuih ni, memang tak ada la keinginan nak buat biskut raya, segalanya beli, tapi tak banyak pun. Biskut raya tahun lepas pun ada lagi..hahaha..Yang saya tempah dah selamat ambik kat rumah Puan Meeya. Tak sabar nak makan, tapi cik pad warning dah sebab yang last year punya memang dapat je terus makan=) Yang cik pad order tak dapat lagi. Ntah biskut apa yang dioerdernya tak tau la.

Baju raya saya dah siap ambik then baru basuh tadi, baju Adam dah selamat beli masa weekend minggu pertama puasa, yang gila shopping baju anak mesti la cik pad. Sejak dari Adam dalam perut lagi segala kelengkapan Adam cik pad yang pilih, saya senyum je dengan hati riang=). Boleh tahan gak la baju Adam bersusun kat kaunter masa nak bayar. Isnin haritu cik pad ambik half day, then kitorang nak gi la shopping tuk diri sendiri. Saya sempat la beli blouse ngan sandal, sampai giliran cikpad Adam dah buat perangai, jeles la tu sebab tak de ukur2 baju kat badan dia. Kesudahannya cik pad cakap nak gi shopping sendiri je nanti. Baju melayu jejaka berdua tu tak ambik lagi kat tailor. Bila ntah nak basuh baju melayu diorang tu sebabnya tempah kat BM, tunggu Sabtu ni baru boleh ambik. Yang semangatnya baju2 Adam dah siap pack dalam beg balik kampung dia dah. Baju mama papa nanti tak tau nak sumbat mana sebab beg semua tinggal kat kampung=).

Kereta pun tak servis lagi, kalau last year kereta bukan main lagi raya siap polish wax bagai, tahun ni kereta kusam siap comot lagi ngan kesan tonyohan biskut adam kat merata2 tempat. Lagipun Abang hitam saya tu aircondnya sejuk melampau, takut Adam merintih kesejukan pulak nanti, dah la dia tu jenis tak nak duk seat belakang. So cadangnya nak balik ngan Mak cik S, hahahaha memandai je bagi nama mak cik S kat kereta mak mentua. Kereta zaman bercinta dulu la, hasil menabung ngan mak cik S dapat la buat down payment beli Abang Hitam=). Tapi tak de kata putus jugak lagi, tunggu saat nak balikla nanti tengok la naik apa, jangan jalan kaki sudah.

Rumah pulak 2 minggu puasa saya start kemas2 sket, sikit je la. Tu pun cik pad duk perli2 cakap kemas rumah macam esok nak raya. Biarla, kemas sorang2 kena la buat sikit2. Nak harap kan cik pad weekend je la, tapi weekend conform la balik BM. Tup2 lepas kemas tu esoknya cik pad balik bagitau nak kena pindah, dalam hati apahal nak pindah pulak, rupa2nya cik pad dapat kerja baru. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. InsyaAllah seminggu lepas raya kami pindah gi Taiping. Maka rumah yang konon2nya dah kemas sikit2 tu dah berubah jadi tongkang pecah. Tambah2 kemas ngan Adam,lagi la haru biru jadinya. Semuanya jadi mainan kat dia. Lepas raya memeng kelam kabut sebab rumah tak dapat lagi, nanti nak cuci lagi nak pindah lagi. Raya kat Terengganu pun tak leh lama agaknya..Sob sob dah la lama tak balik.

 Tunggang langgang dengan kotak yang mintak diisi

Berserabut, tapi sekarang dah clear masuk kotak semuanya

Duit raya pulak bajet menurun ye wahai adik2 sekalian, tahun ni tak jadi tokey, jadi kuli je.Hahahaha. Lagi pun nak pindah lagi. Ada la rezeki budak2 sket, tak de la tak bagi langsung kan. Tak pasal2 kena cop kedekut pulak nanti.

Tu je la persiapan raya  saya. Simple je kan, tak de nak tukar langsir bagai, tukar perabot. Kalau boleh semua perabot nak simpan, lapang sikit Adam nak main=). Yang penting raya ni mengeratkan silaturahim antara kita=)

5 comments:

~YUN~ said...

anah da siap kemas?lori dpt dah?

anah,yun nk kol,nape xdpt?ader bende nk tanya,hehe~

Akma said...

anah nak pindah taiping plak ke...
nnt berjiran ngan yun la yer...
best fren la adam ngan rayyan nnt...balik trg tuy meh la raya kat umah...hehehe

Anah said...

Yun: siap kemas brg2 dlm bilik tengah ngan hujung je. Pinggan mangkuk jg jarang guna pun dh siap simpan. malam ni nak settle bahagian dapur.

hp anah rosak la yun, dah 2 biji rosak, cik pad xmau beli baru lg.dh pindah nnti baru beli.sob sob

Anah said...

Kema: tak tau berjiran ke tak, rumah pun xdapat lagi ni..

Fiez Kejora said...

org t'ganu ek?wah...ade anak ni,bju dia jela sakan membelinyer..hihihi