Tuesday, August 16, 2011

Bila Adam jadi peniaga

Assalamulaikum.

Kejap je dah hari ke-16 puasa, paling ekejap kot puasa tahun ni. Kalau dulu asyik tengok jam dengan kalendar cam tak bergerak,sekarang ni tak sempat tengok sedar2 dah nak buka, kejap je dah masuk separuh separuh bulan kedua.

Macam biasa, bulan puasa mak mentua memang akan amik tapak kat bazar Ramadhan Perda, jual telekung, pelikat, ngan baju melayu. 2 tahun turut2 cik pad jual tudung, mula2 cari duit lebih tuk kawin then last year cari duit lebih tuk anak.Tahun lepas saya berniaga ngan perut besar sket je sebab baru 5 bulan. Tiap2 hari balik kol 2 pagi terus gi sahur makan cheese nan ngan tandoori chicken.  Tahun ni dah ada anak lainla pulak rentak, tak kan nak usung Adam tiap2 malam kan. Weekend je la dapat tolong, tu pun tak de la tolong sangat, melepak je lebih ngan jalan2. 

First week, masa mula2 bawak Adam dia ok je, pastu masa dia tido gi la hantar rumah moyang Adam sebb takut Adam tak selesa, sekali dia mengamuk sakan, tak nak duk ngan moyang.Suka sangat duk kat bawah khemah tu kot. Pastu last week bawa stroller Adam, nak tido je duk dalam tu, celik mata mintak nak gi jalan, nasib la ramai assistant nak tolong dukung budak kecik tu, tiap kali sampai kat khemah mesti menggelupur nak gi jalan lagi. tukar2 giliran la bawak Adam meronda. Masa hari Ahad tu hujan, pandai pulak Adam bantai tido, faham kot tak leh nak gi jalan memana. Tolong punggah barang je la kejenya, mana la tau kalau dapat upah lebih sket. Ngeh ngeh ngeh.Tapi tak de la nak balik pagi2 buta cam dulu, awal la sket, sbenarnya boleh je kalau saya tak ikut tapi cik pad la plak meroyan kalau bini dia tak de. Kikikikiki

hari hujan duk diam2 kt khemah

5 comments:

Akma said...

amboi2 adam...kecik2 lg dah pandai bisnes...nnt dah besar leh jadi bisnesman yerk...mama leh goyang kaki lak pasni...

ZaNa aDieyZa said...

wah, kecik2 dah pandai ikut berniaga eh.. untunglah adam ramai assistant yg tolong jaga dia.. hihihi

asna cute said...

Hehe comel adam tolg punggah brg hehe

Anah said...

kema: Mudah mudahan cam tula kema=)

zana: kalau sorang2 mmg pengsan, kuat jalan, tahun depan kalau dh dapat kaki mmg kena ikat=)

asna:punggah barang adalah hobi Adam=)

^effa^ said...

amboi adam comel nye.. meh aunty selai.. haha