Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Sunday, November 7, 2010

Kebengkakan Kekakian..

Assalamulaikum semua...
ntah apa2 je tajuk kt atas tu...alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 31 weeks, baby makin aktif memberikan tendangan yg berbonjol2 smpai smpai senget2 badan..last week saya  dah g buat check up utk 30 weeks, semuanya baik, hb pn dh baik jadi 11.5 cuma sy mengalami bengkak kaki yg bleh dikatakan agak teruk..kaki saya sgt besar kalau nk compare ng hari2 biasa, mungkin sbb last weekend sy balik Terengganu naik bas, kaki plak statik je dgn perjalanan yg sgt lama sbb ada pokok tumbang dekat Grik..sgt terseksa okeh...maka saya mengambil langkah memontengkan diri untuk seminggu sbb ketidakupayaan nk drive g skool..mujurlah belajar lagi, kalo keje conform bos dh pecat..huhuhu..malam2 plak sblum nk tidur msti ambik masa nk setting kedudukan bantal, serba xkena sbb bila baring je mesti sesak nafas..bantal plak kn susun tinggi2, sian kat suami xcukup bantal..

ni info yg saya jumpa pasal tips menangani bengkak kaki semasa hamil (source dr: www.bengkungmoden.com
Masalah ini disebabkan oleh lebihan air dalam badan dan akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin
  1. elakkan berdiri terlalu lama
  2. letakkan posisi kaki di posisi yg lebih tinggi ketika duduk (contohnya kotak atau bangku kecik)
  3. alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dr badan semasa tidur (ni dah buat tp sama je, tidur buas kot, hehehe)
  4. rehatkan diri seketika, jika duduk terlalu lama, seeloknya bangun dan jalan2 sekejap untuk membantu perjalanan darah yg baik ke bahagian kaki
  5. minum banyak air untuk membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
  6. elakkan drp memakai stokin yg getahnya mencengkam dgn kuat
  7. wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar (sy suka tidur terlentang sbb saya takut baby sakit kn himpit, huhuhu)  
  8. amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dr memakan junk food (kdg2 je sy ambik =( )

Ini plak info yg saya dpat dari www.infoibu.com mengenai sesak nafas, masalah ini adalah disebabkan tekanan drp bayi yg berada di bawah diafragma yg menekan paru2 ibu. posisi yg disarankan adalah dengan mengiring ke kiri ketika tidur kerana ia mmberi keuntungan kepada bayi untuk mendapatkan aliran darah  dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena yg besar di bahagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dr tubuh bahagian bawah ke jantung..

haish..bnyak betul sy xtau...memikirkan sakit skrg ni rasa xsabar nk deliver, xsabar jgak nk jumpa anak saya,tp nk tanggung kesakitan ms contraction sy rasa xsedia lg, org cakap sakitnya 20 kali sakit dari senggugut, tp saya jarang kn senggugut..camne tu?? tmbah2 bila baca blog org lain yg kebanyakannya deliver awal dr EDD lg la saya takut...moga saya diberi kekuatan dan kesihatan yg baik tuk mengharungi minggu2 yg mendatang...

No comments: