Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Tuesday, November 15, 2011

Tersangatlah sibuk

Assalamualaikum

Fuhhhhhh fuhhh... Kesian blog ni, dah macam 'hidup segan mati tak mahu'. Kalau dulu walaupun tak update tapi still sempat nak blogwalking. Faktor utama keadaan tak mengizinkan, tahu2 saja la anak tengah membesar, segala ruang nak explore, selagi mata dia tak lelap, selagi tu la setiap ruang rumah dijelajahnya.

Last week sepanjang mnggu Adam kena cirit birit, tapi tak ada riak sakit pun kat dia. Aktif kemain lagi ada. Sedar2 dah bau masam, kalau tak perasan bau masam sedar2 dah bocor lekat kat seluar. Bila weekend haritu dah tak berak2, tapi hari ni dia mula balik. Tapi tak la seteruk last week. Jumpa doktor, dr bagi air garam je.

Sekarang ni, Adam dah 10 bulan, kerja-kerja mengemas rumah memang tak pernah habis, tambah2 kalau time Adam main, mainan bersepah2 serata rumah. Tapi saya tak pernah rasa penat nak kemaskan walaupun terpaksa ulang aktiviti yang sama berbelas kali. Mulut cakap 'haiiipppp' tapi dalam hati mengekek gelak tengok gelagat si bujang sorang tu. Kalau time makan tu memang bercinta la nak suapkan, tak boleh duduk diam, hasilnya makanan pun bersepah2 la. Kadang2 kesian kat cik pad balik kerja tengok rumah bersepah. Tapi mujurla kekasih hati saya tu faham ngan semangat main anak dia.' Main bersungguh-sungguh'. =)

Kalau dulu Adam ada banyak kawasan di bawah label 'NO ENTRY', tapi  sekarang tak ada maknanya, semua dah langgar. Setiap ceruk rumah selamat sampai kat Adam. Memang sabar je la, kadang2 memang sakit jantung sebab sedar2 je dah hilang, pastu terjumpa tengah terselit kat mana2. Merangkak bukan main laju, tak terkejar. Berdiri pulak memang dah pakar, tapi bila sebut je perkataan 'tak tih' terus duduk siap lembikkan lutut. Nak pimpin jalan pun tak nak,lagi gemar merangkak dengan tangan bunyi 'plap plap plap' kat lantai. Kalau tengah masak kat dapur, bila dengar je bunyi tapak tangan Adam tengah merangkak, terus rasa cuak sebab 'TUKANG KEMAS' dah datang!!!! Tumpahkan telur dari mangkuk  dan terbalikkan bakul sampah adalah antara kejayaan Adam kat dapur. Yang pasti dapur adalah tempat faveret Adam dan juga tempat yang sangat bahaya kat Adam sebab Adam dah sampai pegang kuali yang ada kat atas dapur gas yg atas kabinet masak. Lagi sekali nak gugur jantung.

Itu je la ceritanya, penat tapi hati puas tengok anak membesar depan mata. Setiap perkara yang Adam buat akan diceritakan dengan penuh gembira kat cik pad walaupun kadang2 mencabar kesabaran. Tiba2 rasa cepat sangat Adam membesar. Owhhh bakal merindui Adam yang sangat baby sebab sekarang tak nampak macam baby sangat dah sebab gigi dah ada 7 batang=) Bukan main suka test giginya tu, hasilnya Adam pernah gigit saya kat montot tau. Geram je. Hahahaha

So layan la gambar2 Adam=) Kebanyakan gambar lama. Gambar baru tak transfer lagi


Hai!!!! saya Adam Ziqri

Ni gaya saya tidur

Ni masa picnic tepi air terjun, Adam mandi ngan baba, mama lupa bawak baju..Rugi-rugi

Lepas makan aiskrim tapi Adam mama bagi makan kon je

Gaya orang Terengganu yang takut bunyi ombak ( Mood kurang best sebab bangunkan dari tidur)

Opsss seksi. Mandi lepas potong rambut

Tu je la gambar Adam nya. Mengharapkan camera hp la sebab charger camera tak tahu hilang entah ke mana. Moga lepas ni akan rajin meng'update' untuk kenangan di masa hadapan.



9 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

haaaii..sekian lama menyepi eh..

tuh ler dah ada ank ih mmg mcm2 pekerjaan nak kena buat.

betul kata kamu tuh.anak semakin besar semakin banyk ragamnya kan.lagi seusia adam tuh..huuuuhuu..

kang klu lengah layan tenet,x tau apa jd pd ank payh jugak kan,.

Fiszah_pjo said...

comelnya adam..da besar da pun..mmg rndu sgt2 time baby kan..hehe.seronok tgk anak membesr..sgt best :)

rDnA said...

cepat je kan dah besar.tapi betul la anah makin besar ni makin busy kita dibuatnya.kena jd bodyguard diorang setiap masa.kalau pantang lepa ada je benda yang dia nak buat.and sometimes benda tu bahaya kat diorang..then jadila cam kes danial..

Anah said...

Elin: sepi sbb busy jaga anak.. hehe.laptop pun xleh tunjuk depan dia, nnti mula la jadi harta mutlak dia tekan sana sini. Inikan nak online dgn senang hati mmg tak la..

Fiszah: tq aunty!! rindu Adam yang baby, sopan je..sekrang berkejaran nak layan dia, tp ni la moment yg paling best

Anah said...

Dina: Tu la, ke mana je budak tecit tu pergi mesti kena ikut, nnti ada je yg pelik dibuatnya. Sampaikan nk ke tandas pun sanggup tahan smpai anak tido dulu. huhu

♥ Vna ♥ said...

hai anah..salam kenal jugak :-)

Adam dengan my son Syakil sebaya la..samalah, Syakil pun suke btul terbalikkan tong sampah kat dapur heheheee

hebatlah Adam dah 7 batang gigi ek? Syakil bru 2

Anah said...

wina:ingat ke Adamje suka buat aksi pelik cam tu kat dapur..hehehe

gigi Adam sekali tumbuh terus bnyak, tapi nak gogokkan gigi dia berperang dlm bilik air, sabar je la =)

Shiela Luddin said...

alahai chumel sungguh Adam tidoo...macam-macam aksii...

seronok betul diyer jumpa air..senyum meleret-leret walaupon dok lam besen jerk..anak-anak memang mengembirakan hatey kiter..:)

Azi3 said...

comel rr adam tito.....