Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Tuesday, November 22, 2011

Berjimba di Zoo Taiping

Assalamualaikum.

Weekend haritu kami anak beranak pergi melawat kawan2 Adam yang selalu Adam jumpa dalam Baby TV. Tapi gi jenguk kat zoo la, bagi tengok yang real punya. Pergi sana dalam kul 11 pagi sebab tunggu Adam bangun tidur dulu.Tiket masuk RM 12 seorang untuk dewasa, kanak2 tak tengok la pulak sebab Adam kan baby lagi, masuk pun free je la.

Yang menyedihkan Adam buat tak tahu je kat haiwan2 tu semua, dia lagi teruja tengok budak2 yang datang kat situ. Yang nampak terlebih excited cik pad je la,hehehe. Anak buat muka malas layan je. Sabar je la. Cik pad cakap kena tunggu besar sikit baru best bawak Adam datang zoo, tapi tak pe la, ambil syarat je dulu sebagai penduduk Taiping harusla jejakkan kaki kat zoo. Boleh??

Meh layan gambar yang tak seberapa ni

Budak buat muka malas layan
Muka bosan
sibuk tengok orang bukan haiwan
anak bapak
para penghuni zoo Taiping
nak balik dah..penat sangat
budak penat,masuk kereta terus lelap
Tu je la cerita weekend kami, tak sabar nak tunggu next weekend =)


3 comments:

~YUN~ said...

kelakarla adam ni...hehehe!tunggu rayyan besar sikit kite g sama2 jom!

rDnA said...

betulla anah..danial pun camtu.kadang2 mak bapak dia excited tunjuk binatang kat dia tp dia bolayan je.dia lg suka tgk budak-budak lain..

Anah said...

yun:tunggu diorng pandai cakap nak?? mesti jenuh nak jawb soalan2 yg pelik2..baru mcm lawatan sambil belajar..hehehe

dina:aah dina, mak bapak yang beria..tunggu besar sket baru best.