Semalam 28 November 2011 genap usia perkahwinan kami 2 tahun, rasa sekejap la sangat, tapi dalam tempoh tu jugak la macam2 perkara yang dilalui bersama,pahit manis masam kelat semua ada. Tapi rasa2 tu la yang mematangkan lagi hubungan. Tambah2 ada budak tecit yang makin banyak akal, lagi la berwarna warni dan bertambah rasa jadinya..hehehe
Sempena anniversary teringin gakla nak pergi jalan2,habiskan masa bersama keluarga kecil kami ni, patutnya kami ke Melaka, tapi atas kekangan masa sebab cik pad tak ada cuti sebab baru tukar tempat kerja la katakan, maka kami rancang nak ke Langkawi, ok siap berangan nak beli periuk bagai,tiba2 rasa macam jauh pulak nak pergi Langkawi, tambah2 nak bawak anak kecik naik feri yang sesak ngan manusia bila musim cuti sekolah memang tak sanggup la. Last2 ting terbayang2 Nora Elena, tiba2 nak gi Cameron. Nak tunggu nak gi ngan Yun and Miza tak tau la bila. Kami pergi dulu ye, nanti kita plan elok2, kita konvoi pulak ye. hehehe
Nak pergi Cameron mencabar gak la sebab hotel semua full, ye la weekend+public holiday+ cuti sekolah,last2 dapat gak la duduk kat Jurina Hill Lodge, boleh la daripada tidur dalam kereta. Nak sampai sana, punya la lama, kereta bersusun, sampaikan Adam muncung sedepa sebab bosan duk dalam kereta. Aktiviti bnyak makan je la, mana taknya, dah la asyik hujan je, perut pun lapar la..Hehehe. Taman rama2, strawberry valley ngan rose valley pun kami tak pergi sebab nak simpan tuk pergi lain kali, lagi pun Adam kecik lagi, ambil pengalaman pergi zoo last week, tunggu Adam pandai cakap baru nak pergi semua tempat..hahaha.. Entah bilapun tak tahu la =)
![]() |
Nak makan steambot, syok hujan2 makan steamboat |
![]() |
Adam ngan baba |
![]() |
Cactus point, sempat rembat pokok bunga 3 pasu |
![]() | ||
BOH Plantation Sungei Palas |
Memang tak pergi banyak tempat pun, Ahad masa pergi habis masa dalam kereta menempuh jam, then hari Isnin nak turun awal sebelum sibuk dengan orang. Tapi memang puas sebab boleh 24 jamdengan yang tersayang.
Buat suami tersayang, terima kasih atas segalanya. Maaf andai ada yang terkurang dan yang terlebih2. Moga rumahtangga kita kekal aman damai dengan kasih sayang dan rahmat dari yang Maha Esa. Sempena tahun baru, moga segalanya lebih baik dari segala sudut,sama2 kita ubah apa yang patut dan tingkatkan apa yang perlu =)
Buat suami tersayang, terima kasih atas segalanya. Maaf andai ada yang terkurang dan yang terlebih2. Moga rumahtangga kita kekal aman damai dengan kasih sayang dan rahmat dari yang Maha Esa. Sempena tahun baru, moga segalanya lebih baik dari segala sudut,sama2 kita ubah apa yang patut dan tingkatkan apa yang perlu =)