Assalamualaikum
Tajuk macam apa je kan. Tadi baca blog mummy Yun pasal perubahan lepas bersalin. Yang terjadi kat mummy Yun tu memang semua ada kat diri ni. Yang pasti mummy Yun tetap kecik dan comel kalau nak dibandingkan ngan Anah ni. hehehe. Tapi saya ada tambahan lagi tau, lepas bersalin, tak tahu la kenapa penyakit cekam/cagu ni suka sangat nak menempek kat jari ni.Pernah cerita kat entry ni. Masa dalam pantang dulu lagi teruk sampaikan 10 jari tangan ngan 2 ibu jari kaki kena cekam tau. Kronik yang amat masa tu.Lepas tu beransur2 hilang kecuali kat kaki yang membawa kepada tragedi cabut kuku..huhu
Ingat ke lepas kena cabut kuku, then kuku dah tumbuh balik maka tak ada la masalah ni. Rupanya tak jugak, kali ni makin teruk. Tambah2 dengan anak yang makin melasak yang tanpa sengaja duk pijak kaki mak dia yang bengkak. Sakit tahap macam nak pengsan kot!!! Sebab tak tahan, Jumaat haritu, lepas cik pad balik kerja terus balik BM, pergi satu klinik yang memang buat treatment cekam ni, sebab mak mertua pernah buang kuku kat situ (mmg buku bertemu ruas betulla anak ngan menantu ni, hahaha!!!).
Saat paling sakit mesti la masa kena bius, tp tak tahu la kenapa kaki ni degil sangat, tak de rasa kesan bius pun. Terasa kuku kena siat dari isi. Masa cabut doktor cakap kuku reput. Sedih sebab memang kurang minum susu skrg, mula la nak salahkan diri sendiri. Tiba2, doktor cakap yang reput tadi tu kuku yang tak habis cabut sebelum ni, tak de darah pun masa cabut yang tu. Then kuku baru elok je terletak. Sebab kaki dah ada nanah skit, terpaksa la cabut semua. Cabut kuku baru sangat sakit kot siap darah berjurai2.
Yang pasti balutan adalah sangat kemas compare dengan yang buat kat KK. Esoknya gi bukak balutan pastu boleh berjimba gi jalan2 kat Jusco. Kalau yang dulu seminggu gak berdenyut2 kaki. Nak tengok rupa jari lepas cabut kuku?? Nahhhhh!!!!!
![]() |
yang merah tu kesan kuku baru yang kena cabut, jari sebelah tu bengkok sebab terlanggar almari masa form 3.huhu |
Harap2 lepas ni tak ada dah drama cabut kuku. Nyah kau dari hidupku!!!