Assalamualaikum
Apa kabar semua?? Lamanya tak ngadap blog sendiri, dah seminggu dilanda pening kepala pusing so mood nak berblog sama2 berpusing2 ntah hilang pergi mana.Ayat pun dah pusing2. hukhuk
berbalik kepada tajuk, Jumaat haritu dah selamat bawak Adam tengok wayang. Siap layan ombak rindu lagi. Sebenarnya serba salah jugak nak bawak Adam sebab tak yakin takut nanti dia buat onar dalam panggung tu pulak. Nak tinggal kat mak mertua cam gigih sangat la pulak nak balik BM semata2 nak tengok wayang. Last2 cikpad cakap bawak je tengok cam mana, tak cuba tak tahu. Penangan Ombak rindu punya pasal..hehehe
Cik gi beli tiket siap2 sebab nak duduk seat paling atas dan paling tepi. Senang kalau Adam nangis ke apa boleh lari keluar cepat2.Kami ambik show pukul 9.40 malam.Sebelum tu memang tahan Adam dari tidur, bagi dia penat main bagai. Bila start cerita dalam 5 minit cam tu terus tidur dengan aman, then lagi 5 minit nak habis dia join layan sekali. Siap mak cik kat sebelah kagum ingatkan Adam layan cerita sampai habis sebab masa masuk tu Adam celik lagi.hehehe.
Best la jugak cerita tu, cuma bila dah baca novel, angan2 sama cam novel tu tinggi menggunung, dalam hati asyik ' dalam novel lain'..tapi tak de la nangis sampai nak meleleh air hidung bagai kan. Boleh tahan macho lagi la. Lagi satu bila dah hujung2 tu, saya pening pulak tiba2, memang potong mood jadinya..huhuhu
Bila dah berjaya bawak Adam layan movie, lepas ni boleh la menggedik nak tengok cerita lain pulak. Ngeee..2 tahun kot tak masuk wayang since pregnant, jakun kejap=)
4 comments:
behave nya adam!haha..behave dlm tido.kihkih.anah, da pening2 pusing2 ni ada pape ke.haha. share plezzzzzzzzz!!;p
ada good news kah??
meeya: sgt la behave..makin menggedik la mak ngan pak dia nk gi layan movie pas ni..skrg xde pe lgi yg nak dishare kan..hehehe..tiba2 aku neves
iizla: ntah la iizla..tunggu dan lihat aja..diri sendiri pun suspend ni
bagusnyee..if rafiq tataula dia tu penakut gelap hahhahaha
Post a Comment