Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan untuk tatapan anakanda tersayang Nur Alisha Zahra. Nak cerita ringkas je sebab kisahnya sangat la ringkas.
15 Disember 2012- Jam 4 pagi terjaga dari tido sebab belakang badan basah lencun. Suspect air ketuban tapi tak sedar pun ada air keluar meleleh ke tak. Hati kuat rasa ni mesti susu adam tumpah sebab adam suka gigit puting botol susu sampai putus. terus tak boleh tido sembang2 ngan cikpad samada air ketuban, susu Adam ataupun salah dorang dari kami dah kencing. Hahahaha
Kol 7.30 pergi kerja cam biasa,tak rasa nak gi hospital lagi walaupun risau gak kalau betul air ketuban, takut baby lemas ke apa. Kebetulan haritu hari Sabtu,production je yang jalan, so dapat la buat keje ngn tenang tanpa gangguan. memang menunduk je la buat keje, email sana sini sebab risau kot2 tu hari terakhir kerja. Banyak gila kot tinggal pesan tuk orang lain take over kerja nanti.
kol 4.30 Cikpad datang amik, then terus gi makan then gi cuci mata kat kedai kasut sambil berangan nak beli kasut kerja baru lepas dah abis pantang nanti. Lepas tu masuk kreta cik pad ajak gi hospital, katanya check je dulu kot2 betul air ketuban yang pecah. Klau tak balikje la. Maka redha je la, dengar cakap suami walaupun rasa cam tak nak pergi.
6.30 petang- Cerita la masalah kat nurse kat kaunter pendaftaran, diorang cakap prosedur kena register untuk warded dulu baru doktor akan check. Saya memang tak nak la kan, tapi cikpad pujuk suruh proceed je. Lagi sekalli dengar cakap suami. Lepas tu doktor checkla bagai, masa buat VE bukaan langsung tak de then bila scan air banyak je,so no leaking ok. Cakap kat doc nak balik tapi diorang tak kasi, katanya prosedur kena pantau 24 hours. Pasrah je la.
Malam pun berlalu dengan sangat la bosan, tapi start kol 4 pagi dah start rasa mild contraction then pagi tu masa nk mandi dah start keluar darah+ lendir. Dalam hati cakap takde chance la nk balik.
16 Disember 2012- kol 11.30pagi dah rasa contraction 3 kali dalam tempoh 10 minit,tapi still leh senyum gelak2 bagai, nurse suruh gi buat VE, resultnya baru buka 2 cm. Terus sms kerani kat tempat kerja amanat2 terakhir sebelum cuti panjang.
Kol 12.30 waktu melawat,cik pad tak dapat masuk sebab Adam tak de orang nak jaga, so jumpa kat pagar kat luar wd je. Serius macam penjara kot. Masa tu nak nangis sangat sebab Adam menangis nak mama kan. Kitorang pegang2 tangan kat celah2 dawai pagar je. Masa tu dah start rasa contaction yang kuat, tapi macam tak sure dah nak bersalin ke belum sebab takut saya je yang tak tahan sakit sebenarnya. Sembang2 lagi ngan cikpad, tapi masa tu dah tak leh nak beerdiri dah. Dudukla kat kerusi tapi tak tahan Adam duk menangis nak kan saya. Pastu suruh cikpad balik je sebab kesian kat Adam duk nangis.
Kol 2 bagitau nurse saya dah sakit sangat2,then terus buat VE, bukaan dah 4 cm, dah boleh masuk labor room. Masa tu baru teringat yang baju baby tak bawak sebab kononnya kan nak balik lepas doc pantau 24 hrs, kelam kabut la call cik pad suruh hantar barang baby. Nurse bagitu labour room full tapi ramai yang dah siap cuma nk kena kemas2. Tengah tunggu nak masuk labour room air ketuban pecah.Masa tu dah kol 3, nurse datang nak tolak masuk labor room. Masuk dalam tu tukar uniform, nurse ambik tekanan darah bagai tiba2 rasa nak meneran. Hah sudah masa tu dah la sorang2, tiba2 ada nurse pelatih masuk, bagitau la dia, then dia cakap 'akak sabar ye, td kan baru 4 cm'. Pastu datang senior nurse, bagitau nak meneran, then dia check, tiba2 dia jerit cakap kepala dah keluar. Sekelip mata penuh ngan manusia kat dalam tu. Saya tak nampak pun sebab saya pejam mata, dengar suara je. Alhamdulillah 2 kali push Nur Alisha Zahra selamat keluar tepat jam 3.33 petang.Betul cakap org, lain anak lain pengalamannya.
Tu je la ceritanya.Fuhh mujur ingat lagi kronologi kelahiran Alisha. Maklum la dah habis pantang baru sibuk nak buat entry. Lyankan gambar2 anak2 saya ye.