Friday, October 21, 2011

Segmen: What's in my bag??

Assalamualaikum

Semalam kena tag dengan Mummy Yun, tapi hari ni baru sempat nak selongkar bag =). Mari kita tengok apa yang ada. Taraaaaaaa!!!!


  1. Purse ( Banyak kertas daripada duit..Hehehehe)
  2. Handphone CSL ( hp ke-4 selepas kelahiran Adam, sangat cikai..rosak pun tak nangis=))
  3. Note book + pen
  4. Envelope duit ( untuk kenduri & ziarah)
  5. Pantyliner
  6. Kad kahwin (kenduri bulan 11,simpan siap2, nanti sesat cari rumah pengantin=))
  7. Cosway Two way faoundation
  8. Elianto Liquid foundation (Hanya beratkan beg)
  9. Clinique lipstick
  10. Lipgloss
  11. Blusher Silky Girl ( Guna kalau ingat)
  12. Stokin Adam (Spare kalau terlupa pakaikan kat rumah)
  13. Ketip kuku Adam (kuku Adam cepat panjang)
  14. Sikat Adam (sangat tak sure kenapa ada dalam beg sedangkan Adam bukannya jenis berambut)

Banyak dengan barang tak guna je, tu belum masuk baju spare & lampin Adam.

Hanya perlu :
  1. Salin tajuk : Segmen : What's in my bag?
  2. Copy dan Paste gambar Banner atau Header kat atas tuh serta link kan ke post ini.
  3. Tag beberapa banyak blogger korang nak.
  4. Publish dan letakkan url entry korang di sini. 


Nak tag:
  1. Athi
  2. Dina
  3. Belle
Tiada paksaan, siapa2 nak join pun boleh. Seronok rasa cam artis kena terjah dalah Fuhhhh

Monday, October 17, 2011

Sebulan lebih: Kali ni biar Adam yang update

Assalamualaikum..

Nama saya Adam, sekarang Adam dah jadi orang Taiping. Rumah kami lepas sebulan baru dapat pasang Streamyx, mama saya tu dah kurang jiwa nak berblog, lama sangat tak jenguk blog, so mama pesan kat Adam update la pape pun, tolong bersihkan sawang2 yang ada kat blog ni.

Tapi Adam pun sama macam mama, tak de idea la.. Senang cerita Adam cerita kisah Adam je la.Lagi pun perkembangan Adam masa 8 bulan mama tak update pun, sekarang Adam dah 9 bulan. Ok, mari baca pasal Adam:
  •   Gigi Adam ada 6 batang, 2 kat bawah selebihnya kat atas. Gigi atas besar2, gigi bawah kecik2 je. Selalu Adam senyum bagi nampak gigi bawah je, gigi atas tunjuk bila gelak kuat2 or nangis kuat2=)
  • Adam tak pandai jalan lagi, berdiri tu terer la. Setakat panjat katil, panjat kerusi tu kacang je la, tapi nak turun tak reti lagi. Pnjat tangga pun dah pandai tapi tu kena tunggu balik rumah nenek la. Kalau mama pimpin jalan, mesti perut Adam ke depan dulu tinggal kaki ngan kepala kat belakang. Ntah bila la Adam nak boleh jalan. Lutut Adam dah lenguh dah asyik merangkak je, kadang2 siap tersungkur kalau merangkak laju2
  • Hobi Adam sekarang ronda2 naik motorsikal ngan baba, tiap2 pagi mesti gi ronda beli breakfast, takpun pusing2 taman je, petang2 pun ronda2 gi beli kuih ngan pusing2 kawasan lawat jiran2. Selalunya Adam pusing depan rumah Rayyan, tapi Rayyan tak de pun kat luar. Tidur kot, Rayyan kan baby lagi=)
  • Kalau kat rumah seharian Adam suka nyanyi kuat2, cakap kuat2, ketawa pun kuat2. Kalau mood Adam kurang baik, Adam nangis pun kuat2 siap ngan gaya kuak lentang atas lantai. Kadang2 saja je nangis kuat2, tapi tak keluar pun air mata. Nak gurau2 ngan mama=)
  • Kalau mama marah, Adam dah pandai terasa, selalunya mama marah masa dalam kereta sebab Adam suka kacau baba. Adam geram tengok kunci tergantung2 pastu Adam merengek2 la nak ambik kunci, tapi mama tak bagi. Bila Adam tak dengar cakap mama, mama marah la Adam. Dah 2 kali kena marah, kalipertama Adam terdiam sampai baba tergelak tengok Adam, bila mama pujuk Adam dah ok balik=). Kali ke-2 kena marah Adam nangis sungguh2 sampai keluar air mata. Sedih tau kena marah tapi mama pujuk la cakap bahaya kalau kacau baba bawak kereta.
  • Sekarang Adam dah jadi hantu TV, pagi2 buta mesti nak tengok BabyTV. Kesian kat mama tak leh nak tengok cerita Korea.Tapi sekarang mama tak kisah dah sebab mama boleh online.
Tu je kot, nanti2 Adam update lagi ye, gambara Adam yang latest tak de la pulak. Lain kali la Adam suruh mamaletak gambar Adam ye. Bye2 semua.