Saturday, August 27, 2011

Selamat Pulang Beraya=)

Assalamualaikum..

Mesti ramai yag dah balik kampug masing2 kan? Cam sunyi je blog harini, tapi Sabtu memang selalu sunyi pun. Saya masih di sini, tak balik pun lagi sebab cik pad masih lagi kena kerja. Petang ni balik kampung BM, tak de la teruja sebab semalam pun dah balik gi tengok diorang meniaga ngan ambik baju melayu cik pad ngam Adam. Baju cik pad gelebeh sebab diet la katakan then baju Adam ketat la plak sebab tempah hampir 2 bulan lpas,mesti la Adam membesar. Lepak dalam 1 jam terus balik. Dekat sangat boleh ulang alik je =). Tapi atas highway memang meriah ngan lampu kereta tak putus2. Terang je jalan.

Esok tengah malam baru nak balik Terengganu. Tengah malam ok, tak dapat bayangkan nak panjat lebuhraya Timur Barat tu tengah2 malam buta dengan musim2 hujan cam ni. Sabar je la cik pad tu. Moga perjalanan kami dipermudahkan. Amin. Kepada semua, hati2 di jalan raya ye=)

Wednesday, August 24, 2011

Raya Oh Raya!!: Yang sebenarnya

Assalamualaikum

Berbalik kepada entry sebelum ni, Alhamulillah kerajinan datang dalam masa yang singkat (singkat la sangat), sedang elok Adam pun tengah tido, bulan puasa waktu tido dia lari sikit, so sekarang ni tak de la orang nak kacau=)

Raya tahun ni merupakan raya yang paling bermakna sebab ada Adam yang nak digodek2=) Tapi tak bermaksud persiapan raya tu hebat sampai segala benda nak ditukar. Persiapan masih ala kadar, biasa2 je, tak ada yang membazir. InsyaAllah raya tahun ni kami akan beraya kat Terengganu dulu, tapi tak decide lagi bila nak baliknya sebab cik pad kena tolong mak ayah dia meniaga dulu, ye la hujung2 ni memang tak menang tangan la. Yang penting nak jugak puasa kat sana sehari, sehari pun cukup daripada tak dapat langsung kan.

Sebagai seorang yang tak berbakat nak buat segala jenis kuih ni, memang tak ada la keinginan nak buat biskut raya, segalanya beli, tapi tak banyak pun. Biskut raya tahun lepas pun ada lagi..hahaha..Yang saya tempah dah selamat ambik kat rumah Puan Meeya. Tak sabar nak makan, tapi cik pad warning dah sebab yang last year punya memang dapat je terus makan=) Yang cik pad order tak dapat lagi. Ntah biskut apa yang dioerdernya tak tau la.

Baju raya saya dah siap ambik then baru basuh tadi, baju Adam dah selamat beli masa weekend minggu pertama puasa, yang gila shopping baju anak mesti la cik pad. Sejak dari Adam dalam perut lagi segala kelengkapan Adam cik pad yang pilih, saya senyum je dengan hati riang=). Boleh tahan gak la baju Adam bersusun kat kaunter masa nak bayar. Isnin haritu cik pad ambik half day, then kitorang nak gi la shopping tuk diri sendiri. Saya sempat la beli blouse ngan sandal, sampai giliran cikpad Adam dah buat perangai, jeles la tu sebab tak de ukur2 baju kat badan dia. Kesudahannya cik pad cakap nak gi shopping sendiri je nanti. Baju melayu jejaka berdua tu tak ambik lagi kat tailor. Bila ntah nak basuh baju melayu diorang tu sebabnya tempah kat BM, tunggu Sabtu ni baru boleh ambik. Yang semangatnya baju2 Adam dah siap pack dalam beg balik kampung dia dah. Baju mama papa nanti tak tau nak sumbat mana sebab beg semua tinggal kat kampung=).

Kereta pun tak servis lagi, kalau last year kereta bukan main lagi raya siap polish wax bagai, tahun ni kereta kusam siap comot lagi ngan kesan tonyohan biskut adam kat merata2 tempat. Lagipun Abang hitam saya tu aircondnya sejuk melampau, takut Adam merintih kesejukan pulak nanti, dah la dia tu jenis tak nak duk seat belakang. So cadangnya nak balik ngan Mak cik S, hahahaha memandai je bagi nama mak cik S kat kereta mak mentua. Kereta zaman bercinta dulu la, hasil menabung ngan mak cik S dapat la buat down payment beli Abang Hitam=). Tapi tak de kata putus jugak lagi, tunggu saat nak balikla nanti tengok la naik apa, jangan jalan kaki sudah.

Rumah pulak 2 minggu puasa saya start kemas2 sket, sikit je la. Tu pun cik pad duk perli2 cakap kemas rumah macam esok nak raya. Biarla, kemas sorang2 kena la buat sikit2. Nak harap kan cik pad weekend je la, tapi weekend conform la balik BM. Tup2 lepas kemas tu esoknya cik pad balik bagitau nak kena pindah, dalam hati apahal nak pindah pulak, rupa2nya cik pad dapat kerja baru. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. InsyaAllah seminggu lepas raya kami pindah gi Taiping. Maka rumah yang konon2nya dah kemas sikit2 tu dah berubah jadi tongkang pecah. Tambah2 kemas ngan Adam,lagi la haru biru jadinya. Semuanya jadi mainan kat dia. Lepas raya memeng kelam kabut sebab rumah tak dapat lagi, nanti nak cuci lagi nak pindah lagi. Raya kat Terengganu pun tak leh lama agaknya..Sob sob dah la lama tak balik.

 Tunggang langgang dengan kotak yang mintak diisi

Berserabut, tapi sekarang dah clear masuk kotak semuanya

Duit raya pulak bajet menurun ye wahai adik2 sekalian, tahun ni tak jadi tokey, jadi kuli je.Hahahaha. Lagi pun nak pindah lagi. Ada la rezeki budak2 sket, tak de la tak bagi langsung kan. Tak pasal2 kena cop kedekut pulak nanti.

Tu je la persiapan raya  saya. Simple je kan, tak de nak tukar langsir bagai, tukar perabot. Kalau boleh semua perabot nak simpan, lapang sikit Adam nak main=). Yang penting raya ni mengeratkan silaturahim antara kita=)

Tuesday, August 23, 2011

Raya Oh Raya!!

Assalamualaikum..

sepatutnya entri ni berkaitan persiapan raya kami sekeluarga, tapi Muhammad Adam Ziqri dah delete semua dah. Penat taip panjang2, dah la nak start menaip tadi bukan main lagi payah siap perah otak, sekali Adam datang terus delete semua. Saya nangis dia boleh gelak2. Dah nak siap tau 4 perenggan tadi. Sabar je la!!!

Tunggu datang kerajinan baru saya tulis balik apa yang saya dah karang tadi..Sob sob sob

Tuesday, August 16, 2011

Bila Adam jadi peniaga

Assalamulaikum.

Kejap je dah hari ke-16 puasa, paling ekejap kot puasa tahun ni. Kalau dulu asyik tengok jam dengan kalendar cam tak bergerak,sekarang ni tak sempat tengok sedar2 dah nak buka, kejap je dah masuk separuh separuh bulan kedua.

Macam biasa, bulan puasa mak mentua memang akan amik tapak kat bazar Ramadhan Perda, jual telekung, pelikat, ngan baju melayu. 2 tahun turut2 cik pad jual tudung, mula2 cari duit lebih tuk kawin then last year cari duit lebih tuk anak.Tahun lepas saya berniaga ngan perut besar sket je sebab baru 5 bulan. Tiap2 hari balik kol 2 pagi terus gi sahur makan cheese nan ngan tandoori chicken.  Tahun ni dah ada anak lainla pulak rentak, tak kan nak usung Adam tiap2 malam kan. Weekend je la dapat tolong, tu pun tak de la tolong sangat, melepak je lebih ngan jalan2. 

First week, masa mula2 bawak Adam dia ok je, pastu masa dia tido gi la hantar rumah moyang Adam sebb takut Adam tak selesa, sekali dia mengamuk sakan, tak nak duk ngan moyang.Suka sangat duk kat bawah khemah tu kot. Pastu last week bawa stroller Adam, nak tido je duk dalam tu, celik mata mintak nak gi jalan, nasib la ramai assistant nak tolong dukung budak kecik tu, tiap kali sampai kat khemah mesti menggelupur nak gi jalan lagi. tukar2 giliran la bawak Adam meronda. Masa hari Ahad tu hujan, pandai pulak Adam bantai tido, faham kot tak leh nak gi jalan memana. Tolong punggah barang je la kejenya, mana la tau kalau dapat upah lebih sket. Ngeh ngeh ngeh.Tapi tak de la nak balik pagi2 buta cam dulu, awal la sket, sbenarnya boleh je kalau saya tak ikut tapi cik pad la plak meroyan kalau bini dia tak de. Kikikikiki

hari hujan duk diam2 kt khemah

Saturday, August 13, 2011

GA Sape Nak Shawl Nie?

Assalamualaikum

Hari ni nak join contest yang dianjurkan oleh Muni a.k.a Puan Kutu. Tengok tajuk pun tau kalau menang dapat apa kan. Manala tau kot2 ada rezeki boleh beraya dengan shawl free, rezeki Ramadhan namanya=) *Sengih lebar2..

1 x Shawl Lycra Two Tone : Grey+Purple 

1 x Shawl Lycra Ribbon : Black


Syarat-syarat:

  1. Terbuka kepada semua follower Ini Cerita PUAN KUTU dan Kutu Kemaruk Kontest. (DONE)
  2. Buat entri tajuk yang sama.(DONE)
  3. Tepek banner dan linkkan ke entri nie. (DONE)
  4. Tinggalkan link dekat komen. (DONE)
  5. Done! 
Siapa2 yang teringin nak join boleh la terjah blog Puan Kutu ye=) http://www.puankutu.com/2011/08/ga-sapa-nak-shawl-nie.html

Thursday, August 11, 2011

Adam dan walker

Assalamualaikum.

Sebenarnya walker adalah antara benda yang saya nk elakkan untuk Adam. Ye la sekarang ni dah ramai yang bincangkan tentang keburukan walker ni dan saya pun nak elakkan la jugak. Tapi sebenarnya terpulang kat kita, kalau nak cedera tu, tanpa walker pun boleh cedera gak.Kalau boleh segalanya nak yang terbaik buat Adam. Tapi disebabkan beberapa faktor, saya terbeli gak walker kat Adam.

Masa mula2 family suruh letak Adam dalam walker, saya buat2 tak tahu je, cakap biarla dia explore sendiri. Pastu Adam ni pulak hobinya suka la jilat lantai, tak faham sungguh la ngan tabiat dia yang satu tu. Kejap2 tertonggeng2 jilat lantai. Masa tu Adam tak pandai merangkak lagi tapi dah pandai duduk dalam posisi merangkak dan saya harapkan bila dah pandai merangkak tak de dah la tabiat jilat lantai,tapi ada jugak=(.

Pastu Adam ni jenis tak duk main sorang2, kalau boleh nak berkepit 24 jam,kalau gi dapur terpaksa la usung skali. Dulu letak Adam dalam bouncer tapi sejak dah besar ni tak nak dah duduk dalam tu, tak sampai hati biar dia menjulur atas lantai kat dapur tu. Pastu suka jugak la mencapai wayar2 kat atas lantai tu bagi masuk mulut, bahaya betulla. Tu belum lagi aktiviti mengutip segala benda yg ada kat lantai. Kalau emut melintas bukan main lagi usha.
Paling tak tahan masa dia buat perangai nak duk dalam stroller kat luar rumah berejam2 tak nak masuk rumah. Dengan cuaca panas tak de angin buat saya berangin gak la, dalam seminggu gak dia buat perangai cam tu, terus ajak cik pad beli walker, sekurang2nya leh Adam duk depan sliding door tengok luar. Risau la duk luar dengan jiran kebanyakannya keluar kerja, dah la sebelum tu dah ada kes rompakan kat lorong depan.

Letak dalam walker pun tak senang jugak, pernah saya rasa jantung nak tercabut tengok Adam duk pegang tayar dia punya walker,kaki dah ke atas, lagi sikit nak jatuh. Bila dah duk dalam walker tu, senang la nak mencapai segala hiasan kat rak, maka rak pon dah togel tak de apa dah. Bagi saya guna walker ke tak guna ke dua2 pun kena extra carefull sebab budak nak membesar segala2nya nmpak menarik kat pandangan mata diorang. segala benda nak disentuh, nak dicapai. Tapi Adam tak de la asyik duk dalam walker je, selalunya masa nak masak kat dapur ngan masa makan je la. Sekarang pun dah takde nak duk depan sliding door tu, dah bosan agaknya.

menangis masa mula2 letak dalam walker, lawak betul muka Adam masa ni..hahahahaa

Wednesday, August 10, 2011

7 months young!!!

Assalamulaikum

Alhamdulillah hari ni dh hari ke-10 puasa, cepatnya masa berlalu,  tak terasa pun puasa kali ni tiba2 rasa terkejut sebab dah 10 hari=). hari ni plak birthday Adam yang ke 7 bulan. Alahai cepatnya dah besar anak mama ni,peluk cium sket, mmmahhhhhhh!!!!

Meh nak cerita sket perkembangan Adam setakat ni.

  • sangat suka makan, punya la haritu saya risau Adam tak suka makan, tapi sekarang tak nyempat2 asyik nak makan je, penyelesaiannya Adam tak nak bubur yang dah blend halus, dia nak bubur ketul2 ok, gigi baru sebatang tp taste cam orang besar. Kalau nampak makanan orang lain, mula la buat muka pelik kat makanan dia, so ayam golek dah selamat masuk perut Adam, sekian
  • sangat "bapa borek, anak rintik". suka buat bunyi 'kroook' guna hidung sebiji cam papa dia. suka ikut papa dia goyang2 kaki dan suka jugak buat macam2 bunyi. 
  • dah pandai duduk. Gaya paling faveret adalah duduk kaki katak, ala yang kaki lipat ke belakang tu
  • sangat rajin berdiri tapi dengan bantuan la, pernah gak cuba lepaskan tangan tapi jatuh gedebuk
  • rajin tolong mama mengemas, kelam kabut satu rumah. Paling2 suka kemas baju yang mama dah lipat, sabar je la
  • Dah pandai bukak laci kabinet kat dapur, tiap kali duk dapur mulut mama dia dah bising pot pet pot pet duk melarang anak duk main laci, paling takut kalau terkepit jari, periuk kat rak pun dah tunggang terbalik kalau datang mood megemas dia.
  • suka memanjat, mujur rumah tak de tangga. boleh panjat badan mama ngan papa dia je la
  • perangai menangis dalam kereta dah hilang, suka naik kereta sekarang tapi tak nak duk seat belakang
  • paling best dah pandai gomol mama ngan papa dia.Ni edisi serang balas kot sebab kami selalu gomol Adam. Kalau Adam gomol memang kkami menjerit, geli sangat tambah2 ngan air liur dia yang menjurai2. bersungguh2 dia cium=)
 gambar lama, mama malas nak snap gambar sekarang=(

Tu je la kot, nk gi lipat kain pulak ni, nanti kalau Adam jaga tunggu mood saya rajin la plak baru lipat. Alahai kenapala malas sangat nak lipat kain. Huhuhuhu

    Wednesday, August 3, 2011

    Adam dah tumbuh gigi..Yeay!!!!!

    Assalamulaikum.

    Selamat berpuasa buat semua dan kepada yang berpantang selamat berpantang=) Saya pulak awal2 dah angkat bendera merah, nmpak gaya tahun ni banyak la kena ganti puasa. 

    Jumaat lepas,masa Cik pad balik tengah hari kami anah beranak golek2 dalam bilik, cikpad cakap dah nampak putih2 kat gusi Adam. Tapi malas nak excited sangat takut jadi cam haritu masa Adam demam ada gak nampak putih2, tapi bila baik demam terus hilang putih2 tu. Pastu cik pad try la sentuh2, rasa cam kasar2 je, pastu saya pulak sentuh, sah memang gigi. Maka mejerit la kami laki bini sebab anak dah tumbuh gigi!!!! Patut la mood Adam tak berapa elok 2-3 hari sebelum tu, nangis je..Sakit nak tumbuh gigi rupanya..Alhamdulillah tak de pulak demam.

    Bila Adam dah tumbuh gigi tiba2 rasa macam dah dewasa la pulak Adam ni.Hahahaha. Tambah2 kalau dia tenung, menggetar jiwa.Auwwww. Tapi mama dia je la yangg nampak Adam cam dewasa, hakikatnya anakanda saya tu duduk pun tak reti lagi, merangkak pun gaya je lebih, tapi tak gerak2 pun. Yang Adam pandai berdiri ngan memanjat.Bukan main lagi sekarang, semua benda nak panjat. Makanya sekarang memang mata tak leh lepas tengok dia, nanti ntah apa2 Adam panjat. Mood nak berblog pun kureng je sebab kena kacau ngan dak Adam ni. Gambar pun tak de nak tempek sebab malas nak cas camera=)