Wednesday, July 27, 2011

Pap Smear??

Assalamualaikum..

Sekarang saya tengah risau pasal ujian pap smear, sebenarnya ujian ni wajib buat selepas bersalin ke atau pilihan kita sendiri untuk nak buat or tak nak buat. Sebelum ni tak de la terfikir nak buat sebab fikir tak de orang bising2 suruh buat, buat apa nak serah diri pulak kan. Tapi tiba2 risau la plak kalau tak buat. Mana la tau nurse lupa ke apa sebab saya sendiri pun lepas bersalin tak pernah pun check ngan doktor, ngan nurse pun check sekali je. Risau sebab takut nurse2 tu terlepas pandang nak suruh saya buat check up. 

Lagi satu yang saya duk risau yang sekarang saya memang tak sedap badan, mungkin berat berlebihan sangat kot. Rata2 orang jumpa saya mesti cakap gemuknya. Tambah2 kalau orang yang tengok saya masa kawin pastu tup2 tangok saya sekarang. Tapi yang makin merunsingkan saya, masa dalam pantang dulu nurse yang datang check kat rumah cakap rahim saya jatuh sangat. Pas tu bidan yang datang urut saya tu bukan main lagi lemah gemalai mengurut, tak rasa apa pun, sampaikan nak bayar pun saya rasa kedekut yang amat. Tak berbaloi langsung. Saya sempat buat sengkak sekali je dengan bidan a.k.a mak sepupu saya, memang dia memebebel la sebab dia cakap cam mana urut tapi peranakan duk bawah lagi. Tapi tu la, bila hulur duit tapi tak nak terima, segan la pulak nak suruh urut lagi. Bila balik duk rumah mentua, dapat bidan pun yang urutannya lemah gemalai..Alahai tak rasa apa, rasa nak tidur ada la. So, bila tak sedap badan cam ni terfikir gak ke sebab haritu urut tak betul2 ke sebab sekarang saya tak leh guna tandas cangkung, rasa sakit kat bawah tu. Huhuhuhu. Dah la saya ni kalau bab fikir bukan2 memang terer ang amat.


Tuesday, July 26, 2011

Sabtu yang sangat penat

Assalamualaikum

Apa khabar semua?? Sabtu haritu kami sekeluarga ngan mak mertua pegi KL. So macam biasa la pergi balik hari, memang tak de nya nak tidur2 sana bagai. Gerak dalam kol 8 pagi lepas Adam dah siap breakfast makan biskut Milna ngan bubur sikit. Dalam kereta terus tidur dari BM sampai Ipoh lebih kurang dalam 1 jam. Pastu masa terjaga tu Adam cam pelik, mungkin rasa apahal tak sampai2 lagi ni tapi senyum je sambil tengok2 jalan. Kejap2 duk ngan mama kat depan, kejap2 duk ngan nenek kat belakang sambil makan2 biskut ngan gaya2 yang sangat comel. Tapi tak lama pun bertahan, pastu terus hek hek huaaaaaaa. Terpaksala berenti kt R&R Tapah, isi perut budak kecik tu dulu siap2 sambil Adam duk layan kenderaan yang lalu lalang.

Bila dah gerak, start rimas balikla budak tu. Bila papa bukak tingkap terus diam, terteleng2 kepala tengok setiap kenderaan yang lalu kat sebelah, baru faham kehendak dia. Last2 dengan bunyi bising angin tu ngan peluh2 nya lagi tertido plak Adam, bila papa tutup tingkap menangis balik, terpaksa la buka tingkap sampai la Adam betul2 lena. Adam jaga bila dah betul2 masuk KL. Yeay lulus cabaran berjalan jauh!!!!

Bila dah sampai tu kerjanya masuk kedai keluar kedai la jawabnya. Adam pun behave la sangat2, tak de nak nangis2 pun. Bila penat dia tido. Disebabkan stroller tinggal dalam kereta and bawak carrier je, makanya masa Adam tidur tu mmg penat la, mujur la adik cik pad join jugak masa kitorang dah kat sana. Kebetulan adik cikpad pun lebih kurang je muka ngan saiz badan,seronok je Adam duk tido sambil kena peluk2. Mama ngan nenek releks melenggang kangkung. Adam huk hekk huk hek pun masa kol 5 camtu, masa mandi dia tak boleh tangguh ok.

Dalam kol 9 lepas selesai solat ngan tukar baju tido Adam, kitorang gerak balik. Adam memang tak pernah ada masalah kalau berjalan malam sebab di suka tengok lampu2, kereta gerak kejap je terus lentok. Tidur sampai R&R Sg Perak sebab papa nak hilangkan ngantuk. Kesian papa sebab mama pun tak tahan ngantuk malam tu. Terlelap2 je, tak leh layan sembang sangat pun. Ingat ke lepas minum nescafe terang la mata, tapi pejam gak. Adam pun bantai tidur sampai la sampai rumah dekat2 kul 1 pagi. Terus sambung tidur sampai ke pagi tapi kul 5 lebih dah bangun nak main. Kol 7 tu bila dah ada yang bangun, siap mandi2 kan Adam suruh Adam gi main ngan Pak ngah kat luar, kami laki bini bantai tidur, sampai kul 8 je pun. Perangai baru lepas balik dari KL Adam asyik nak berdukung je ngan nak duk luar tengok kereta. Banyak cantik!!!! Hari ni dah ok sket, mood pun elok je. Ni yang sempat mengarang ayat ni =). Semalam cam nak gigit2 je menangis tak ingat2. mama nak breakfast biskut oreo je pun tak sempat. sekali dapat peluang bantai makan biskut sakali hadap je habis 1 paket. Mana tak gemuk =(

p/s: sedihla, pegi KL haritu tak de ambik gambar sekeping pun.

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday- penat

Assalamualaikum

Monday, July 18, 2011

Suami saya yang bertuah!!!

Assalamualaikum

Sabtu lepas cik pad ada join bowling tournament anjuran Jabatan Alam Sekitar Kedah.Ni tahun ke-2 cik pad wakil kilang dia untuk kejohanan yang sama. Tahun lepas saya bagi sokongan sambil bawak perut, tahun ni tak dapat la nak teman. Sendiri kena faham la yang anak bujang saya ni bukan jenis senang tidur. Tambah pulak kat tempat bising sampaikan mamanya ni dah lagak cam orang nak lari dari rumh tiap kali nak buat kerja rumah masa Adam tengah tidur. Tertib kemain!!

Nak dijadikan cerita, balik tengah hari tu cik pad pun konon2nya la ngadu yang dia main tak best sebab saya tak de bagi sokongan. Hahahaha. Kembang kejap. Pastu masa penyampaian hadiah tu saya pergi la, tapi mestila keluar awal sebab nak tengok2 team yang lawan untuk sesi petang. Memang bingit habis la, mula2 Adam cam enjoy la duk dalam tu tengok orang baling gedebung gedebang. Pastu bila dah ngantuk tu mula la bunyi hokhek dia tu. Keluar masuk la kitorang nak pujuk anak. Saya ajak la cik pad balik sebab kalau menang pun dah ada wakil nak amik hadiah. Tapi cik pad tak nak balik sebab nak tunggu cabuatan bertuah. Cam pernah bertuah je selama ni. 

Masa penyampaian hadiah tu memang macam sesi tayangan semula suasana tahun lepas sebab jadi group pertama kenan umum. Tahun lepas pemenang sampai no. 20, then group cik pad dapat no.20. Tahun ni plak ada 30 pemenang, kali ni dapat no.30. Ok la, dapat gak hamper ngan duit RM 50. Hadiah sebijik sejibun cam tahun lepas. Masa tu Adam dah tidur dalam tangisan dah, tak tahan sangat kot tahan ngantuk, terlelap gak atas lengan saya. Dah la tak bawak stroller, memang kebas la tangan duk dukung dak kecik tu. Masa cabutan bertuah tu cam nak ajak cik pad balik dah, tapi tak sampai hati. Alah, kalau kita dah tahu kita tak pernah nak dapat nombor bertuah pun kita still tunggu sampai habis gak kan dengan harapan kali ni  kita bertuah. Tu la yang jadi kat cik pad, tunggu punya tunggu akhirnya dapat gak hadiah cabutan bertuah buat kali pertama dalam hidup. Tahniah!!! Tapi dapat hamper je pun,sah2 la share ngan team mate. Kenapa la abang tak bertuah masa dinner kilang haritu, kan best =)

Sunday, July 17, 2011

Kenangan Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.

Lazimnya kita sambut malam Nisfu Syaaban pada malam 15 Syaaban dengan membaca Surah Yassin sebanyak 3 kali serta amalan2 yang lain. 

Sebut pasal Nisfu Syaaban teringat pulak masa form 5 dulu. Kebetulan masa malam tu kelas kitorang nak buat BBQ untuk reunion kelas form 4, petang tu pakat-pakat duk set tempat, buat sandwich bagai. Masa tu ayam semua dah tempah. Kebetulan yang nak jadi imamnya tu budak kelas kitorang merangkap Presiden BWP. Dia bagitau la malam tu ada aktiviti kat surau. Masa tu mana la nak amik tau sangat benda-benda cam tu, yang tau nak main je. Bila dia bagitau semua pakat kalut sebab fikir pukul berapa nak start kan aktiviti BBQ tu. Dah nama pun duk hostel, sah-sah la pukul 11 dah kena perintah berkurung.

Sebagai penyelesaiannya, kitorang pakat la ngan Azhar tu, cakap kat dia, " Apa-apa pun, malam ni ko jadi imam, ko jugak jadi ketua tuk bacaan yassin tu tiga-tiga kali tu. Pastu ko baca laju-laju". Memang betul dia buat, cam nak terputus nyawa baca Yassin tak henti-henti. Bila fikir balik, jahatnya dulu, pandang remeh je benda2 camni. Siap boleh bawak main semata- mata nak buat aktiviti BBQ. 

Tapi tu kisah 9 tahun dulu la, otak fikir nak main je. Alhamdulillah, makin hari makin matang, pandai menilai baik buruk dan paling penting dapat bagi contoh yang terbaik buat anak-anak. Adam Ziqri jangan tiru mama tau.









Tahun 2011, bersama 2 orang cinta hati=)

Thursday, July 14, 2011

Susah hati la=(

Assalamualaikum.

Sekarang Adam dah 6 bulan, semakin seronok rasanya nak bereksperimen tentang makanan Adam tapi tiba2 Adam tak suka makan. Disebabkan kecenderungan Adam terhadap makanan sebelum ni,  makanya sebelum umur 6 bulan lg dah suap makan, masa tu ok je, selera je makan. Sekarang nak suap makan meraung raung, macam nak kena suap ubat. Tak sedap sangat ke masakan mama??

Ni antara makanan yang saya bagi kat Adam:
- Puree kentang
- Puree apple
- Puree carrot
- Bubur nasi + sawi + carrot + kurma + bilis
- Bubur nasi + carrot + kentang + bilis
- Avokado
- Puree kentang merah- baru nak try
- Biskut Milna buat kudap2
Apa lagi ye yang best nak bagi baby makan?? Tak kan nak makan makanan sama ngan mama papa kot. Tiap kali tengok mama papa makan bukan main laju gerakan askar wataniah tu nak mencapai makanan. Bila sampai giliran Adam makan, menangis macam kena cubit. Sedih tau tengok anak mama dah makin kurus, dah la setiap masa kerja keras tolong mama kemas rumah, menjulur ke sana ke mari. Berpeluh- peluh selesaikan semua urusan dia. Hukhukhuk. 

Paling teruk, haritu terpaksa suapkan Adam makan kat tepi sinki sambil dia main2 air. Ingat berkelah tepi air terjun ke sayang? Kalau bunyi lori ngan kapal terrbang tu tak payah cakap la, Adam pun dah bosan kot dengar. Wuwuwuwu. Makan la wahai anakanda seperti mama dan papa makan.


Wednesday, July 13, 2011

GA My Little Secret - Fisher Price.

Assalamualaikum.

Tq Elin sebab tag. =)


** Ditaja oleh sepenuhnya Fisher Price.
** Syarat-syarat peryertaan :-

1. Jangan ketinggalan membaca entry dari blog ini terutamanya di bawah label GA - Fisher Price. Anda tidak diwajibkan untuk follow blog ini, tetapi dinasihatkan berbuat demikian ;

2. Anda dipohon untuk tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan-kawan anda untuk menyertai blog ini; dan

3. Sila link penyertaan anda dengan gambar contest ini : dan




4. Entry berikut, adalah berkaitan dengan GA Fisher Price:

Fisher Price - Newborn to Toddler Rocker ;
Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ; dan
Fisher Price - Healthy Care Booster Seat.


5. Soalan dan hadiah GA akan dimaklumkan dalam satu entry khas.
6. Sila komen diruangan ini dan nama anda akan disenaraikan. Tarikh tutup adalah 1 Ogos 2011 (Isnin) jam 2.00 petang.


Nak tag:
  1. Nadiah
  2. Farah
  3. Fiszah 
Good luck semua!!!

Adam 6 bulan!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Adam dah 6 bulan. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah saya dapat lihat setiap perkembangan Adam. Hari2 boleh dikatakan ada je benda baru yang Adam tunjuk. Alhamdulillah, jadi suri rumah buat saya punya banyak masa untuk rumahtangga. Tak boleh nak mewah, tapi cukup la sekadar beserdehana. Tapi buat masa sekarang bukan la cita2 saya nak jadi surirumah, dengan PTPTN tak langsai lg, silap hari bulan, sampai Adam masuk U pun tak langsai kalau saya tak kerja. Impian nak ada rumah sendiri pun buatkan saya kena kerja, memang tak payah berangan la nak duk rumah je kalau nak macam2.

Cakap pasal kerja bukan la sebab saya dah dapat mana2 offer, setakat interview tu ada la, rasa sedih plak bila terpaksa bersaing ngan budak2 fresh graduate yang resultnya sekarang bukan main hebat lagi. Harus la bersaing dengan mereka sebab saya mana pernah kerja. Sambung buat master tapi  saya bulatkan hati untuk tak teruskan, alasannya biarla saya dan teman2 seperjuangan yang tahu. Maka sekarang bersaing la saya dengan adik2 sedangkan kawan2 lain dah ada pengalaman kerja 2-3  tahun.

Tinggalkan lah rasa hati si pencari kerja ni ye, buat luahan perasaan plak tiba2. Sebenarnya saya terfikir, kalau saya kerja nanti macam mana la saya dengan Adam. Kami tak pernah berpisah, pisah kejap2 je masa pegi interview ngan masa saya kena pergi klinik masa dalam pantang dulu. Tak jumpa kejap pun rasa macam bertahun tak jumpa. Kadang2 teringin gak nak gi tengok wayang, tapi rasa kedekut nak tinggalkan anak kat orang lain walaupun mak mertua sendiri. Apatah lagi nak tinggalkan kat BS or kat nursery. Sanggup ke diorang jaga anak saya sama macam saya jaga,sabar ke diorang layan Adam mengamuk tak tahu hujung pangkal, rajin ke diorang nak ajarkan ABC,bacakan storybook dan nyanyi2. Apa pun, sendiri jaga memang puas hati. Mata tak berhenti dari duk tengok anak, tambah2 bila dah makin lasak ni.hukhuk

Mesti orang cakap, kalau dah cerewet sangat, risau sangat takpayah la kerja. Duduk je rumah, jalani kehidupan biasa yang membahagiakan dengan suami dan anak2. Tak mau!! Tak mau!! Nak kerja jugak. Ada tak kerja yang boleh bawak anak sama?? Hahahaha..Saya punya risau tahap macam esok dah kena pergi kerja. Bak kata cik pad, " suka sangat risau benda yang tak pasti", nak buat cam mana, ni la saya, kalau benda2 remeh jauh sangat kedepan fikirnya=)

posing dalam buai

psst!!! tajuk cam tak sesuai je kan




Monday, July 11, 2011

Happy Birthday Sayang

Assalamualaikum

Happy birthday abang yang ke- 28 tahun. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa yang dilakukan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang Abang. Semoga sentiasa menjadi papa yang penyayang, suami yang pengasih, anak dan menantu yang soleh. Aminnnnnn

Sempena birthday abang kali ni, harapnya abang kurangkan la tengok crita kartun ye, bosan la kalau weekend dengan setiap petang  rumah kita mesti dengar suara kartun. Astro ceria tu bukan untuk abang tau=). Impian abang nak hadiah motor Yamaha LC tu tunggu birthday yang ke-30 ye. Tak mampu la nak beli sekarang. Sekarang hadiahkan gambar je la ye=)

Saturday, July 9, 2011

Nasi Ayam Tersenang Abad Ini

Assalamualaikum

Haritu kan saya ada buat entry PERASAN yang saya masak nasi ayam. So harini saya nak share resepi la ye. Sesuai untuk yang kurang berbakat macam saya ataupun punyai kekangan masa untuk ke dapur. Diibaratkan zup zap zup zap boleh siap masak=). Yang penting nasi tu ada la rasa nasi ayam, kalau rasa cam nasi putih tu memang salah la kan. kikiki

Bahan-bahan Sup
  • Ayam
  • Sup bunjut
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Rempah sup
Bahan-bahan nasi
  • Beras yang siap dibasuh
  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Majerin
  • Sedikit garam
Bahan-bahan perap
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos tiram
  • Serbuk lada putih
  • Sedikit garam
Bahan-bahan sambal
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Sup yang dah siap dimasak
  • Gula
  • Garam
*sukatan sesedap rasa ye
    Penyediaan:
    1. panaskan air ( lebihkan tuk masak nasi) dengan sup bunjut sampai mendidih.Pastu masukkan ayam, tunggu hingga separuh masak kemudian toskan
    2. masukkan air rebusan ayam dalam bahan2 tuk masak nasi. Sukatan macam masak nasi biasa.(DONE)
    3. Selesaikan masak sup dengan masukkan semua bahan2 sup dalam air rebusan ayam. (DONE)
    4. Perap ayam dengan bahan2 perap selama 1/2- 1 jam. Kemudian goreng. (DONE)
    5. Kisarkan semua bahan2 sambal. (DONE)
    Senang kan. zup zap zup zap je. Selamat mencuba

    Friday, July 8, 2011

    The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST.

    Assalamualaikum.

    Kali ni Adam nak masuk contest baby botak pulak =)

    1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

    2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.



    I think I'm cute with no hair

    MUHAMMAD ADAM ZIQRI BIN AFFENDI FITRA

    Syarat:
    1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
    2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
    3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
    4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
    5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

     

    Thursday, July 7, 2011

    Macam-macam cerita

    Assalamualaikum..

    Sebenarnya ada bnyak benda yang nak dicerita, tapi disebabkan saya bukan penulis yang baik buatkan saya perlu ambil masa nak mengarang. ye la, masa sekolah dulu memang la selalu dapat A untuk karangan, tapi tu dah berapa tahun lepas. Entry sebelum ni pun enntry yang dah lama duk dalam draft. Agaknya kalau kena buat karangan SPM sekarang, mesti ada banyak tanda merah. Tiba2 saya rindu cikgu BM saya, Cikgu Jai dengan Cikgu Aida.

    hari Ahad hari tu Adam dah gi check up untuk 6 bulan. Dah besar dah anak mama ngan papa ni. Sekali mood tak elok la pulak. Masa nak gi KK tu Adam baru nak lelap, sampai sana memang mengamuk je la. Tambah2 bila nak buka baju nak timbang. Mengamuk melarat sampai masa inject. Meronta2 sampaikan nurse pun takut nak inject. Anak bujang saya tu memang sangat kreatip dalam bab ngamuk2 ni. macam2 gaya. Kalau dulu kalau anak nangis memang saya gelabah, tapi skrg cool je. Selalunya sebab nak tidur, tak pun memang saja2. Kadang2 kalau ngamuk, tapi saya buat tak layan, pandai plak diam sendiri. Anak oh anak

    Lepas check up, balik BM sebab nak ambik barang nak gi hantar Alor Star.  Masa on d way balik BM tu Adam tidur je la, pastu masa patah balik nak gi Alor Star, lepas je exit Sg Petani terus je mengamuk, kesian kat nenek gelabah tengok Adam nangis cam tu, siap suruh berenti tepi highway. mama ngan papa senyum je sebab dah selalu sangat tengok situasi macam tu. Last2 berenti kat tol Alor Star, duk ambik angin kat luar sambil duk kira kereta. masuk kereta je nangis. Bosan sangat la tu duk dalam kereta, tu baru perjalanan 2 jam. Sekarang tengah berkira2 nak ikut ke tak cikpad gi KL sebelum puasa ni, boleh buat sebagai latihan kat Adam sebelum balik Terengganu.huhuhu. 

    Pastu Isnin haritu Cik pad bawak gi makan pizza, tapi haritu memang sedih la, buat saya rasa dah patah hati nak gi makan pizza dah. bukan apa,dah la tunggu kat sejam baru nak smpai semua makanan, pastu sejuk2 plak tu. nampak sangat dah lama siap masak tapi tak de orang nak hantar. Dah la salah pizza, geram je kat budak trainee tu, saya tau rupa bentuk pizza saya sebab tiap kali gi pizza saya tak pernah tukar menu. Budak tu pun bukannya nak tanya senior ke, memandai je. Sekali suruh cik pad gi tukar. Alang2 semua makanan dah sejuk, kitorang suruh bungkus je, balik makan kat rumah. Dah la bil salah, mana ntah datangnya pizza lagi sebijik. Merajuk ngan Pizza Hut=(

    Hari Selasa pulak saya gi Interview kat Taiping, Cik pad amik cuti sebab tak de siapa nak jaga Adam, nenek gi Jakarta. Sangat berharap untuk interview kali ni, tapi ngan jawapan bengong2 saya tu buatkan saya rasa cam redha je kalau tak dapat. Saya rasa English saya sangat teruk hari tu. dah lama tak speaking london, ye la, nak speaking ngan siapa duk rumah je. Lidah pun rasa cam dah keras je. Kalau ada rezeki boleh la berjiran ngan Yun. Pastu masa nak balik Adam merengek, jemu la tu duk dalam kereta je, so berenti la kat R&R G.Semanggol.Tengah duk lepak2 lepas gayut tepon ngan Yun, datang sorang pak cik ni dengan selamba je duk sebelah sambil hembus2 asap rokok. Tak kan la dia tak nampak saya tengah pegang baby. Sedih tau, tak de kesedaran ke? Tak kisah pun nak merokok ke apa, tapi tolong la hormat orang lain.

    Macam diary la pulak kan, ada laporan setiap hari. Ok la, lain kali la pulak, tulis panjang2 orang pun malas nak baca. Hahahaha

    Wednesday, July 6, 2011

    wordless wednesday- wajah kesayangan

    Assalamualaikum.



    Monday, July 4, 2011

    Diapers review

    Assalamualaikum

    hari ni rasa nak berkongsi lampin yang saya gunakan untuk Adam sejak dari lahir sampaila sekarang. setakat ni semua cap murahan, kena la ajar yang murah2 je.kalau dah terbiasa yang mahal nanti nak tukar yang murah tak sampai hati plak kan..hihihi..sebab2 tukar pun bukannya sebab diaper rash ke apa, tapi sebab ada perkara yang buatkan mamanya ni kurang berkenan

    Pureen basic- memang murah sangat la yang ni, harga belas2 je kot untuk 72 pcs. masa tu fikir sebab baby baru2 memang banyak membuang dan faktor nak berjimat. yang tak berkenannya macam tak menyerap langsung. kejap2 basah, kadang2 kembung penuh cam tunggu masa nak meletup je. dah la anakanda saya tu kuat nangis, cik pad cakap dia dengar or terbaca kat mana ntah yang baby kuat nangis akan kuat kencing..entah betul ke tak cik pad saya punya cerita tu..huhuhu


    pet pet- yang ni nenek sedara adam bagi lebihan anak dia yang tak sempai nak habiskan sebab dah tak muat. benda free harus la terima. harga tak pernah ambik tahu. tapi cukup tak suka yang ni sebab bila Adam, bila dah bukak tu nampak ada line merah kat celah2 peha. sebelum ni pun ada org review yang pet pet ni saiznya kecik sket. mungkin tak sesuai ngan saiz kot. tapi bila dah kena sekali, terus tak mau pakai dah. dendam!! hahaha..ada lagi sampai sekarang tapi tak tau simpan celah mana.



    drypers wee wee dry - suka sangat yang ni sebab tak pernah lagi mendatangkan mudarat kat Adam. harga pun ok range dalam RM 30- 34 untuk saiz M84, tak de rezeki lagi nak beli ngan harga below RM 30. kalau jumpa harga RM 28 ke harus cik pad borong banyak2.



    Huggies Dry- yang ni cik pad beli sebab tergoda ngan harga RM27++ untuk M80. sebenarnya tak tau pun harga tu kira murah ke tak sebab Huggies kan ada 2 kan. satu bungkus merah ngan satu lagi bungkus biru. yang bungkus biru memang murah kot. yang masuk kat tv tu yang bungkus merah kan. mujur la tahan cik pad dari beli dua pek sebab saya tak berkenan adam pakai huggies yang ni.nampak tak kemas. kalau nak gi jalan tu cam tak confident je. tapi gigih gak la habiskan sebab dah belikan. tapi kadar serapan tu memang ok la.



    kesimpulannya, setakat ni drypers wee wee dry terbaik untuk Adam. setakat ni Adam dapat 2 kali diapers free dari kawan cik pad. katanya kakak kawan dia bagi. dapat yang pek sample tu yang stok2 lama. stok lama pun ok lagi apa. drypers pantz pun dapat. semua sample yang design sebelum yang baru ni. dapat la dalam 30 pcs. ok la kan sebab free!!! suka=)






    Sunday, July 3, 2011

    Karnival Kerjaya

    Assalamualaikum...

    Apa khabar semua? semoga ceria2 saja di hari minggu ni..ok, semalam saya saya pergi Karnival Kerjaya anjuran BN kot, tak pasti la anjuran mana tapi lebih kurang cam tu la. sekarang saya memang merupakan pencari kerja tegar, so bersemangat la pergi. kalau nak ikutkan semangat, Jumaat lagi dah pergi, tp cik pad kan kerja, semalam pun cik pad amik half day sebab nak temankan isterinya ni kan. lagi pun sape lagi nak jaga Adam. 

    bila dah sampai,dah register bagai, dengan bersemangatnya kami melangkah, tiba2 rasa apahal suram semacam je? bukan suram gelap kelam, tapi suram sebab banyak booth dah tutup. baru hari kedua kot, tu pun belum petang dah banyak tutup. risik2 katanya Jumaat tu dah ramai sangat orang datang, tu yang Sabtu dah tutup. sedih tau. yang tinggal company yang cari operator dengan technician. pastu drop resume je kat booth2 yang ada post yang sesuai. mujur la rumah dekat je, kalau rumah jauh rasa dah nangis dahh kot sebab memang sedih la tengok booth2 kosong tu. tak sempat nak rembat souvenir banyak2, hehehehe=). lagi kesian kot kalau sape2 datang hari ni. ntah2 ada booth urusetia je.

    sekarang sangat menharapkan yang terbaik untuk hari Selasa ni =)